Monday, October 2, 2023

Creating liberating content

Apa Komen Selebriti Bila...

Percaya atau tidak, perkara ini benar-benar sudah terjadi. Mana taknya, kesemua calon yang...

PM Pengerusikan Mesyuarat Dasar...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa...

PKR Kata Mahkamah Khas...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah rancangan kerajaan mahu mewujudkan sebuah...

PDRM Yakin Pegawai, Anggotanya...

KOTA BHARU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin semua pegawai dan anggotanya akan...

Russia Bina Satelit Untuk Korea Utara

MOSCOW: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mengumumkan akan menjadikan hubungan dua hala dengan Russia sebagai keutamaan nombor satu.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Pengumuman dibuat ketika beliau mengadakan sidang kemuncak yang jarang berlaku dengan Presiden Vladimir Putin, Rabu lalu.

“Kami akan mengutamakan hubungan Korea Utara-Russia dan meletakkannya sebagai keutamaan nombor satu dasar luar kami mulai sekarang,” katanya, yang kini berada di Russia untuk melawat pusat angkasa dengan Putin, menurut rakaman yang disiarkan di TV Russia.

Putin membayangkan Russia boleh membantu Korea Utara membina satelit.

Beliau berkata demikian ketika pertemuan dengan Kim di Kosmodrom Vostochny di timur Russia.


“Sebab itu kami datang ke sini. Pemimpin Korea Utara menunjukkan minat yang tinggi terhadap teknologi roket. Mereka cuba membangunkan program angkasa lepas,” katanya.

Sementara itu, tentera Korea Selatan berkata, ketika rangka lawatan ke Russia, Pyongyang melepaskan dua peluru berpandu balistik pada Rabu.

Pakar berkata, Russia mungkin akan menggunakan rundingan itu untuk mendapatkan peluru meriam dan peluru berpandu anti-kereta kebal dari Korea Utara, yang mahukan satelit canggih dan teknologi kapal selam berkuasa nuklear sebagai balasan.

BHonline-

Kategori

Leave a Reply