• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Setuju Projek Jajaran Baharu Lebuhraya Pantai Barat Secara Penswastaan

oleh Mynewshub
09/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Setuju Projek Jajaran Baharu  Lebuhraya Pantai Barat Secara Penswastaan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-50 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bersetuju agar cadangan jajaran baharu Lebuhraya Pantai Barat (WCE) diteroka melalui model pelaksanaan penswastaan.

Ia melibatkan jajaran baharu WCE Hubungan Selatan dari Banting, Selangor ke Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor sepanjang 303.5 kilometer selain pembinaan jalan baharu dari Simpang Pelangai, Bentong, Pahang ke Putrajaya sepanjang 118.7 kilometer.

Kedua-dua projek itu dirangka sebagai laluan alternatif berkapasiti tinggi bagi mengurangkan kesesakan kritikal di Lebuhraya Utara-Selatan (E2) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (E8) yang sering menjadi tumpuan pengguna.

Menurut kenyataan, MPFN bersetuju supaya projek berkenaan diteroka melalui model penswastaan bagi mengoptimumkan pengurusan kos serta meningkatkan kecekapan fiskal negara.

“Rundingan terperinci akan dilaksanakan bersama kerajaan negeri terlibat bagi memperkemas kaedah pelaksanaan dan memastikan impak ekonomi maksimum kepada penduduk setempat,” menurut kenyataan itu.

Dalam mesyuarat sama, MPFN turut meneliti Draf Rancangan Fizikal Negara Kelima (RFN5) dan Draf Dasar Perbandaran Negara Ketiga (DPN3) yang disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PLANMalaysia.

Dokumen tersebut merupakan dua dasar utama perancangan spatial negara yang akan memacu hala tuju pembangunan fizikal Malaysia secara lebih seimbang dan mampan.

Mesyuarat turut bersetuju supaya penelitian lanjut dilaksanakan bersama kerajaan negeri termasuk Sabah dan Labuan sebelum kedua-dua dokumen itu dimuktamadkan. – MYNEWSHUB

Tags: Bantinggelang patahLebuhraya Pantai BaratPenswastaanProjek Jajaran baharuPutrajayaSimpang PelangaiWCE
Share209Tweet131SendShare

Related Posts

Bekas Pengerusi TH, Bekas KSU Berbaju Oren SPRM Ke Mahkamah

Bekas Pengerusi TH, Bekas KSU Berbaju Oren SPRM Ke Mahkamah

27/08/2026
0

PUTRAJAYA - Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan di bawa ke Mahkamah Majistret di sini...

Pelajar Tingkatan Tiga Ditikam Lebih 10 Kali Di Sekolah Menengah Di Banting

Pelajar Tingkatan Tiga Ditikam Lebih 10 Kali Di Sekolah Menengah Di Banting

06/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BANTING – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga cedera selepas dipercayai ditikam lebih 10 kali oleh seorang lagi pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd