• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

oleh Mynewshub
09/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik badan bukan kerajaan (NGO) Islam, masjid dan surau yang ‘terhegeh-hegeh’ menganjurkan sambutan perayaan agama lain atas alasan dakwah dan perpaduan.

Menurut beliau, umat Islam perlu jelas dan konsisten dalam memahami perbezaan antara agama tauhid dan agama yang mempunyai elemen syirik, selain tidak menjadikan kejahilan sebagai alasan untuk bercakap tanpa ilmu.

“Keharmonian bukan setakat tercapai bila pertubuhan agama lain menganjurkan perayaan keagamaan lain dan tidak semestinya kita mesti meraikan bersama setiap perayaan.

“Tidak sama agama tauhid dan agama syirik. Jika tidak faham, boleh belajar. Tetapi jika enggan belajar, kejahilan bukan alasan untuk bercakap tentang perkara yang tiada pengetahuan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, Firdaus Wong menegaskan bahawa tiada keperluan untuk rumah ibadat agama lain menganjurkan sambutan Aidilfitri atau Aidiladha apatah lagi jika ia dianjurkan oleh pertubuhan agama lain dan diadakan di premis bukan Islam.

Menurut beliau, perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha adalah perayaan keagamaan Islam dan tidak perlu menggunakan alasan keharmonian untuk menganjurkannya.

Justeru, katanya, jika pertubuhan agama lain tidak perlu menganjurkan perayaan Islam, maka perkara sama juga perlu terpakai kepada organisasi Islam agar tidak dilihat bersikap tidak konsisten.

“Umat Islam perlu konsisten dengan prinsip. Jangan kita melarang pihak lain menganjurkan sambutan agama Islam, tetapi pada masa sama organisasi Islam menganjurkan perayaan selain Islam,” tegasnya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Firdaus Wong Wai Hung

Tags: Agama lainFirdaus WongislammasjidNGOPendakwahPenganjuranperayaansurausyirik
Share206Tweet129SendShare

Related Posts

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari mendakwa slogan 'Melayu Terancam' atau 'Islam Terancam' hanyalah dakyah...

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

21/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak yang membantah pembinaan masjid di hadapan hadapan Menara Tun Razak Exchange (TRX) di sini wajar dilucut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd