• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

oleh Mynewshub
07/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga global yang sedang melanda.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia termasuk penerangan tentang keperluan untuk semua pihak menjimatkan pengunaan tenaga dan kenderaan secara berhemah bagi mengurangkan permintaan terhadap minyak.

Menurut beliau, perkara itu dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP malam tadi berkenaan perkembangan terkini kesan konflik di Asia Barat terhadap krisis tenaga global dan kemungkinan masalah bekalan minyak yang akan dihadapi oleh negara selepas bulan Mei.

“Mesyuarat telah berbincang berkenaan impak krisis tersebut dan isu-isu semasa yang lain. Justeru beberapa ketetapan telah dicapai.

“Mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat DAP untuk membuat penerangan kepada masyarakat di peringkat akar umbi berkenaan keseriusan krisis tenaga global yang sedang melanda kita serta keperluan untuk semua pihak mengambil langkah menjimatkan pengunaan tenaga dan kenderaan secara berhemah untuk mengurangkan permintaan terhadap minyak,” katanya dalam satu kenyataan.

Anthony Loke berkata, CEC DAP turut membuat ketetapan menyokong usaha berterusan kerajaan untuk mengurus krisis global tersebur secara tuntas demi kelangsungan ekonomi negara dan kehidupan rakyat serta memastikan sumber negara diurus dengan berhemah.

Selain itu, katanya, mesyuarat juga bersetuju mengarahkan wakil parti dalam Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pengasingan Kuasa Peguam Negara untuk memastikan penambahbaikan RUU Pindaan Perlembagaan Persekutuan tersebut dapat diselesaikan dalam kadar segera dan dibentangkan ke Parlimen pada sidang bulan Jun. – MYNEWSHUB

Tags: Anthony LokeCECDAPharga minyakJimatkanKenderaanKrisis globalMesyuaratPenggunaanPermintaan minyaktenaga
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd