• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Dedah Drama Saat Akhir Calon PKR Sungai Buloh

'Saya Lihat Ada Genangan Air Mata'

oleh Mynewshub
06/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Rafizi Dedah Drama Saat Akhir Calon PKR Sungai Buloh
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa berlaku perbezaan pendapat antara beliau dan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang pengumuman calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melibatkan kerusi Parlimen Sungai Buloh.

Dakwa Rafizi, kerusi Parlimen Sungai Buloh satu-satunya kerusi yang tidak mencapai kata sepakat apabila beliau mempertahankan penyandang ketika itu, Sivarasa Rasiah sebagai calon lebih layak berbanding Datuk Seri R. Ramanan.

“Keadaan ini berlanjutan hingga ke hari pengumuman calon dan tidak selesai sehingga jam 6 petang sedangkan majlis akan bermula jam 8 malam,” dakwanya dalam satu kenyataan.

Rafizi mendakwa, beliau tetap dengan keputusan jawatankuasa calon bahawa Sivarasa lebih sesuai dalam segenap aspek, namun Anwar didakwa meminta Ramanan diberi peluang bertanding.

“Akhirnya, Dato’ Seri Anwar, dalam keadaan kami sama-sama duduk, memegang lutut saya dan merayu untuk lepaskan Ramanan jadi calon. Saya lihat matanya ada genangan air mata,” dakwanya.

Rafizi mendakwa, beliau akhirnya akur dengan keputusan Anwar, namun meminta jaminan Ramanan tidak akan dilantik ke jawatan lebih tinggi dalam parti atau kerajaan sekiranya menang.

Bagaimanapun, Rafizi mendakwa janji tersebut tidak ditepati apabila Ramanan kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri dalam rombakan Kabinet sekitar akhir 2023. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Rafizi Ramli

Tags: Bekas Timbalan Presiden PKRCalon PRU16Datuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri R. RamananDatuk Seri Rafizi Ramliparti keadilan rakyatSivarasa Rasiahsungai buloh
Share218Tweet136SendShare

Related Posts

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

20/07/2026
0

Hutang Negara Bertambah Kerana 'Interest' 1MDB Oleh Mynewshub KAJANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan jumlah hutang negara...

Negara Mewarisi Longgokan Hutang Yang Banyak – PMX Anwar

Negara Mewarisi Longgokan Hutang Yang Banyak – PMX Anwar

20/07/2026
0

KAJANG - Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan semasa mewarisi hutang yang sangat tinggi. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd