• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Anwar Seru Warga Felda Memahami Usaha Kerajaan

oleh Mynewshub
06/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PM Anwar Seru Warga Felda Memahami Usaha Kerajaan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh warga Felda supaya peka terhadap perkembangan semasa serta memahami dan menyokong segala usaha kerajaan.

Anwar menerusi satu hantaran di media sosial berkata, warga Felda wajar memahami dan menyokong usaha kerajaan demi memastikan negara kekal stabil dan berdaya tahan.

“Saya menegaskan Felda tidak boleh dipinggirkan daripada arus pembangunan negara. Justeru, kemudahan asas khususnya perkhidmatan kesihatan perlu terus diperkasa dan dinaik taraf.

“Termasuk penyediaan pusat dialisis yang lebih lengkap demi menjamin kebajikan warga setempat,” katanya.

Terdahulu, Anwar memaklumkan beliau semalam ke Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor untuk menyantuni warga Felda serta menyampaikan amanat kepada komuniti peneroka yang menjadi tulang belakang pembangunan luar bandar negara.

Beliau turut mengumumkan peruntukan khas RM500,000 bagi membaiki dan menaik taraf keperluan asas, termasuk kemudahan sekolah dan masjid demi keselesaan serta kesejahteraan masyarakat Felda Semenchu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kebajikan rakyat, termasuk para peneroka kekal sebagai teras kepada kemajuan dan kekuatan ekonomi negara.

“Kerajaan Madani tidak akan mengabaikan kepentingan rakyat sebaliknya akan terus berusaha sedaya upaya memastikan kesejahteraan negara terpelihara walau berdepan cabaran global yang tidak menentu,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimMemahamiMenyokongPerdana MenteriUsaha kerajaanWarga felda
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd