• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Pas Bertelagah Isu Putus Kerjasama!

oleh Ahmad Albab
14/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Pas terus bertelagah sesama sendiri berhubung status keputusan muktamar Pas 2015 memutuskan kerjasama dengan DAP baru-baru ini.

Terbaru melibatkan bekas Timbalan Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda Pas Perak, Mohd. Fitri Asmuni dengan Peguam yang juga ahli Pas, Wan Rohimi Wan Daud.

Mohd. Fitri dalam satu kenyataan hari ini membidas Wan Rohimi kerana mengkritik beberapa bekas pemimpin Pas termasuk Asmuni Awi yang mengakui keputusan muktamar itu sebenarnya adalah muktamad.

“Wan Rohimi menegaskan bahawa usul berkenaan cuma mendesak agar Majlis Syura Ulama Pas dan Jawatankuasa Pas menyemak atau menilai kembali kerjasama politik dengan DAP.

“Saya mahu bertanya di mana dalam usul itu perkataan yang boleh ditafsirkan sebagai mendesak agar Jawatankuasa Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama (MSU) Pas menilai kembali kerjasama politik Pas dengan DAP,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kata Mohd. Fitri, Wan Rohimi turut menegaskan persoalan hubungan tahaluf siyasi Pas dengan DAP melibatkan soal hukum, maka persoalan itu perlu diputuskan MSU Pas dan Jawatankuasa Pas Pusat selaku pakar yang ‘faqeh’.

Justeru, beliau mempersoalkan sama ada sembilan alasan yang dikemukakan dalam usul Dewan Ulama Pas Pusat untuk Pas memutuskan kerjasama dengan DAP tersebut masih belum dianggap sebagai pertimbangan terhadap hukum.

Ia kerana, katanya, terdapat sembilan ahli MSU Pas dalam Dewan Ulama Pas Pusat iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Dr. Mahfodz, Datuk Nik Zawawi, Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Nasrudin Hassan dan Datuk Khairuddin Aman Razali.

“Adakah sembilan ahli MSU ini tidak mempertimbangkan keputusan membatalkan hubungan dengan DAP itu berdasarkan kepada hukum,” katanya.

Jelas Mohd. Fitri, walaupun sembilan individu tersebut dianggap tidak mewakili MSU Pas dalam muktamar tersebut tetapi pendirian mereka bakal menjadi keputusan majoriti MSU Pas dalam isu tersebut kerana cuma mempunyai 17 anggota.

Sehubungan itu, katanya, kesilapan dalam kelulusan usul tersebut perlu dipertanggungjawabkan ke atas sembilan anggota MSU tersebut kerana bersetuju dan membiarkan usul tersebut diterima dalam muktamar.

“Hakikatnya usul tersebut telah diluluskan dan diisytiharkan oleh muktamar sebagai usul. Kalau ia bukan usul, habis apa? Kalau ia adalah usul tetapi dibatalkan, bolehkah usul dibatalkan begitu saja? Siapa yang berhak membatalkan usul setelah ia diluluskan dalam muktamar? MSU Pas atau Jawatankuasa Pas Pusat,” soalnya.

Mohd. Fitri turut mempersoalkan sama ada wujud peruntukan dalam Perlembagaan Pas yang memberi kuasa kepada badan yang berhak membatalkan sesuatu usul yang telah diluluskan oleh Muktamar.

“Kalau tiada siapa boleh membatalkan usul, setuju atau tidak bahawa usul tersebut berkuat kuasa serta merta dan perlu dilaksanakan,” soalnya lagi. – mynewshub.cc

 

Tags: DAPPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas merancang untuk mengadakan 'Himpunan Mempertahankan DYMM Tuanku Sultan Selangor' Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri...

Firdaus Wong, Ridhuan Tee Cadangkan Penternakan Babi Di Kawasan Wakil Rakyat DAP

Firdaus Wong, Ridhuan Tee Cadangkan Penternakan Babi Di Kawasan Wakil Rakyat DAP

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung secara sinis mencadangkan supaya penternakan babi dibina di kawasan yang diwakili...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd