• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama PAS, DAP Sudah Putus! – Lim Kit Siang

oleh Ahmad Albab
13/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS diminta tidak terus berdolak-dalik sebaliknya bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kesan buruk daripada keputusan muktamar parti itu memutuskan kerjasama dengan DAP baru-baru ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, beliau percaya keputusan muktamar PAS meluluskan usul memutuskan kerjasama dengan DAP adalah muktamad walaupun barisan kepemimpinan baharu PAS mendakwa sebaliknya.

“Saya percaya dengan pandangan beberapa Ahli Parlimen PAS sendiri bahawa keputusan itu adalah muktamad kerana muktamar PAS adalah badan tertinggi dalam parti itu.

“Saya juga membaca Perlembagaan PAS berhubung Pasal 7 bahawa keputusan tertinggi adalah muktamar PAS kecuali keputusan itu menyalahi kitabullah, sunnah rasul serta ijmak ulama dan qias. Bagaimanapun tiada sebarang aduan bahawa resolusi itu menyalahi mana-mana undang-undang atau hukum Islam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Malah, kata Kit Siang, beliau percaya bahawa keputusan muktamar PAS memutuskan kerjasama dengan DAP itu sebenarnya berkuat kuasa serta merta memandangkan tiada sebarang klausa berhubung perkata itu untuk dikaji semula oleh Masjlis Syura PAS atau Jawatankuasa PAS Pusat.

Bagimanapun, katanya, jika ada aduan bahawa keputusan muktamar PAS itu menyalahi hukum Islam maka sudah pasti ada pihak yang salah disebalik keputusan itu sama ada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau seluruh barisan kepimpinan ulama PAS.

“Saya tidak tahu pula Jawatankuasa PAS Pusat boleh membatalkan keputusan muktamar kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan PAS bahawa muktamar adalah pembuat keputusan tertinggi dalam parti itu.

“Pruntukan yang mana dalam Perlembagaan PAS memberi Jawatankuasa Pusat PAS kuasa untuk membatalkan keputusan muktamar,” katanya.

Justeru, Kit Siang mengulangi peringatan bahawa pakatan rakyat telah tidak wujud lagi dan semua parti dalam pakatan rakyat perlu berhadapan dengan kesannya akibat keputusan muktamar PAS baru-baru ini. – mynewshub.cc

 

https://www.youtube.com/watch?v=P5Y1PQmIHBE

Tags: Lim Kit SiangPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd