KUALA LUMPUR – Kesulitan yang dialami sebahagian pemimpin politik ketika ini ‘kifarah’ (balasan di dunia) terhadap penganiayaan ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Datuk R.S. Thanenthiran berkata, caturan politik untuk menjatuhkan Najib sebelum ini bukan sahaja rakus, malah kotor.
“Kini satu demi satu perkara mula terjawab. Rakyat mula nampak bagaimana beliau (Najib) ditekan, ditipu dan dipermainkan. Bagaimana Barisan Nasional (BN) dijatuhkan melalui pelbagai naratif yang dibina.
“Semua ini menunjukkan apa yang orang panggil sebagai ‘kifarah’ kebenaran sedang berjalan dan mula terserlah,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Thanenthiran berkata, Najib pula walaupun telah dijatuhkan pelbagai hukuman tetap reda dan yakin bahawa Tuhan itu Maha Kuasa.
Bagaimanapun, katanya, rakyat yang terpaksa ‘membayar harga paling mahal’ disebalik penganiayaan ke atas Najib.
“Terutama dalam kos sara hidup dan harga bahan api yang semakin menekan,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial R.S. Thanenthiran


