KUALA LUMPUR – Akaun Facebook Najib Razak mengimbau kembali pelbagai kritikan dan penghinaan yang pernah dilemparkan terhadap inisiatif Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
Menurut hantaran tersebut, antara tuduhan yang pernah dimainkan termasuk dakwaan konon barangan yang dijual ‘tidak berkualiti’, setaraf ‘makanan kucing’, selain sindiran ‘bukannya Najib beli pun’
Hantaran itu menjelaskan bahawa produk yang dijual di KR1M sebenarnya terbahagi kepada dua kategori iaitu barangan berjenama syarikat dan barangan berjenama 1Malaysia.
Bagi produk 1Malaysia, ia dihasilkan oleh kilang yang sama seperti produk komersial sedia ada tanpa melibatkan pembinaan kilang baharu.
Perbezaannya adalah daripada segi kos pemasaran yang tidak perlu ditanggung serta penggunaan pembungkusan yang lebih ringkas.
Selain itu, terdapat juga perbezaan pada sesetengah produk seperti kandungan gula, garam atau perasa yang sedikit rendah berbanding produk berjenama.
Menurut hantaran berkenaan, pendekatan tersebut bertujuan memberi pilihan kepada pengguna untuk berjimat, dan bukannya menggantikan sepenuhnya produk sedia ada di pasaran.
Ia turut membandingkan konsep tersebut dengan amalan pasar raya besar di luar negara yang menawarkan produk “home brand” di bawah jenama sendiri seperti Tesco, Woolworths, Coles dan Safeway.
Hantaran itu menegaskan bahawa inisiatif KR1M diperkenalkan sebagai alternatif bagi membantu rakyat mengurus kos sara hidup, khususnya ketika berdepan kekangan kewangan.
Berikut kenyataan penuh di akaun media sosial Najib Razak:
“jual barang tidak berkualiti”
“level makanan kucing”
“bukannya Najib beli pun”
Dulu ada yang kutuk Najib dan Kedai Rakyat 1Malaysia.
Sebenarnya barangan dijual ada 2 jenis. Jenis berjenama syarikat, dan berjenama 1Malaysia.
Barangan berjenama 1Malaysia dihasilkan oleh kilang-kilang yang sama.
Tidak ada buat kilang dan produk baru.
Cuma bezanya, produk 1Malaysia ini
1. tidak perlu belanjakan duit untuk pemasaran barangan berjenama syarikat
2. tidak perlu packaging cantik-cantik
3. ada makanan yang hanya kurang sedikit rasanya (cth kurang gula, kurang garam, kurang perasa) berbanding produk berjenama syarikat
Strategi ini bersifatkan pilihan kepada pengguna untuk mengurangkan kos. Bukan sebagai pengganti.
Di luar negara, syarikat supermarket besar semuanya juga ada barangan “home brand”.
Packaging yang diguna menggunakan jenama sendiri Tesco, Woolworths, Coles, Safeway.
Ramai juga yang beli seperti tisu, paper plate, biskut, minuman jus, dan lain-lain.
Jika rasa ada bajet lebih, boleh beli barang seperti biasa. Tetapi adakalanya sesak dan kurang duit perbelanjaan, barangan alternatif tidak berjenama tetap ada.
Najib cuma nak bantu. Niat cuma nak beri pilihan kepada pengguna.
Tapi itulah.
Yang dilaung Najib tak baik, Najib turun rakyat senang.
– MYNEWSHUB


