• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Minyak: PM Anwar Petik Ayat Al-Quran Seru Rakyat Bersyukur

oleh Mynewshub
04/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Harga Minyak: PM Anwar Petik Ayat Al-Quran Seru Rakyat Bersyukur
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik ayat al-Quran Surah Ibrahim ayat 7 bagi mengajak rakyat Malaysia bersyukur terhadap usaha kerajaan menangani situasi harga minyak global ketika ini.

Beliau dalam satu hantaran di media sosial berkata, semua pihak perlu menghadapi saat yang mencabar ketika ini dengan kebijaksanaan, disiplin dan tanggungjawab bersama.

“Serta terus memelihara rasa syukur dalam setiap keadaan. Insya-Allah, kita mampu mengharungi cabaran ini bersama-sama.

“Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah nikmat-Ku kepada kamu; dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat pedih”,” katanya.

Terdahulu, Anwar berkata, krisis tenaga yang melanda dunia ketika ini kian meruncing akibat konflik yang dicetuskan oleh serangan Israel terhadap Iran dengan dukungan Amerika Syarikat.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, keadaan itu telah mengganggu bekalan minyak global dan melonjakkan kos secara mendadak termasuk di negara ini.

Ujar Perdana Menteri, kerajaan namun memberi keutamaan untuk terus melindungi rakyat dengan mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.

Kata beliau, kerajaan turut menyalurkan subsidi diesel kepada nelayan, petani, peniaga dan mereka yang layak.

“Perbelanjaan subsidi kini meningkat kepada hampir RM6 bilion sebulan,” katanya.

Justeru, kata Anwar, rakyat tidak harus berpecah atau saling menyalahkan, sebaliknya bangkit sebagai satu masyarakat yang matang dan bertanggungjawab. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

Tags: Ayat Al-QuranBersyukurBUDI RON95Datuk Seri Anwar Ibrahimharga minyakPerdana Menteri
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

“Kadang-Kadang Yang Bersyukur Seperti Sing Phing Dilabelkan Pengkhianat”

“Kadang-Kadang Yang Bersyukur Seperti Sing Phing Dilabelkan Pengkhianat”

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekilas pandang di merata dunia, yang berketurunan Cina jarang dapat berpendidikan dalam Bahasa Mandarin melainkan di China....

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

15/06/2026
0

KULAI – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan minyak mencukupi bagi mengelakkan rakyat berasa marah sehingga mencetuskan protes di jalan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd