• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Bermula Dengan Air Mata di Jalanan – Fuziah

oleh Mynewshub
04/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PKR Bermula Dengan Air Mata di Jalanan – Fuziah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Fuziah Salleh menegaskan bahawa perjalanan parti itu selama 27 tahun mencerminkan perjuangan panjang yang lahir daripada keberanian, luka dan harapan rakyat sejak era Reformasi.

Menurut beliau, sejak penubuhannya pada 1998, parti itu tidak bermula dalam keadaan selesa, sebaliknya melalui tekanan dan cabaran besar, termasuk suara yang disekat serta perjuangan di jalanan demi menegakkan keadilan.

“Dari hari-hari awal yang penuh cabaran, ketika nama Anwar Ibrahim menjadi simbol perjuangan, sehinggalah hari ini, Keadilan (PKR) terus berdiri sebagai wadah harapan rakyat yang mahukan keadilan, integriti dan perubahan,” katanya dalam satu kenyataan sempena ulang tahun ke-27 parti itu.

Fuziah berkata, sepanjang tempoh tersebut, PKR telah melalui pelbagai fasa jatuh dan bangun, termasuk perpecahan dalaman serta kekalahan dalam pilihan raya, namun setiap cabaran itu mematangkan parti berkenaan.

Beliau menambah, perjuangan PKR kini bukan lagi sekadar menuntut perubahan, tetapi turut memikul amanah untuk melaksanakan dasar dan polisi yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat.

“KEADILAN tidak pernah melupakan asal-usulnya sebagai gerakan rakyat. Ini adalah perjuangan yang berpaksikan rakyat dan tidak akan pernah selesai,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau menyifatkan ulang tahun ke-27 itu sebagai bukti bahawa idealisme perjuangan masih kekal dan harapan rakyat mampu dipertahankan walaupun berdepan laluan yang panjang.

Fuziah turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang setia bersama parti itu sejak awal penubuhan hingga kini, sambil menegaskan bahawa perjuangan tersebut perlu diteruskan demi masa depan negara. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Fuziah Salleh

Tags: 27 Tahun'Air MataDatuk Fuziah SallehJalananPKRReformasisetiausaha agungulang tahun
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Jangan Pakai Baju DAP, PKR, Amanah Semasa Berkempen, Pakai Baju PH

Jangan Pakai Baju DAP, PKR, Amanah Semasa Berkempen, Pakai Baju PH

15/07/2026
0

KUALA PILAH - Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook mencadangkan jentera Pakatan Harapan (PH) termasuk daripada DAP tidak...

DAP Hilang Empat Kerusi, PKR Dan Amanah Masing-Masing Hanya Menang Satu Kerusi

DAP Hilang Empat Kerusi, PKR Dan Amanah Masing-Masing Hanya Menang Satu Kerusi

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) mengalami kemerosotan ketara dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila parti komponen utamanya, DAP,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd