• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedai Rakyat 1Malaysia Kekal Jadi Sebutan

oleh Mynewshub
04/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kedai Rakyat 1Malaysia Kekal Jadi Sebutan
Share on FacebookShare on Twitter

Gelisah apabila dianggap ‘copy & paste’ idea Najib Razak, terus ada berhujah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tutup sejak 2017.

Tiada siapa peduli KR1M tutup tahun bila. Yang diperdebatkan tentang idea kepimpinan, bukan soal papan tanda kedai.

Yang menjadi isu adalah idea ini dulu diperlekeh habis-habisan, dituduh gimik politik, dipersenda supaya masyarakat memandang serong.

Hari ini nada sudah berubah. Tiba-tiba idea yang sama diolah oleh pengkritik tegar sebagai ‘keperluan rakyat’

Tidak mengapa. Sesuatu yang baik untuk rakyat mengapa pula tidak boleh diteruskan. Teruskan sahaja.

Tetapi fakta sebenar, KR1M ditutup pada 2017 kerana pengendali kata tak mampu tanggung kos operasi, bukan sebab idea itu tidak bagus.

Kos lebih tinggi daripada pendapatan adalah isu perniagaan, bukan bukti idea tersebut tidak relevan dalam membantu rakyat.

Daripada sudut dasar, KR1M adalah polisi campur tangan kerajaan untuk membantu rakyat hadapi kos sara hidup.

Namun ketika itu, ramai juga yang terpengaruh ‘pasaran bebas’ daripada intervensi kerajaan. Ironinya, intervensi yang sama dipeluk oleh pengkritik.

Dan jangan buat-buat lupa, sebelum PRU14, Najib Razak sempat melancarkan KR1M 2.0.

Ia versi KR1M yang diperbaiki dengan model kerjasama bersama pengilang, pengedar dan peruncit.

Maknanya, kelemahan cuba diperbaiki untuk teruskan usaha bantu rakyat. Idea itu bukan ditinggalkan begitu sahaja.

Kini muncul konsep kedai harga mampu milik hampir sama oleh bekas pembangkang yang pernah mengkritik idea KR1M.

Pendekatan yang hampir serupa dengan KR1M 2.0, cuma dibungkus dengan nama dan slogan berbeza.

Dan secara tiba-tiba juga, benda yang dianggap tidak relevan kini jadi solusi.

Jadi bila ada yang sinis ini kitar semula idea Najib Razak, tidak perlu terlalu defensif dan berharap orang ramai lupa sejarah.

Kerana yang dipersoalkan bukan KR1M tutup 2017, tetapi idea yang dulu dihina kini digunakan tanpa segan silu – MYNEWSHUB

Tags: ciplakCopy & pasteJadi SebutankedaiKR1MKR1M 2.0Madani Martnajib razak
Share205Tweet128SendShare

Related Posts

“Kan Hari Tu Dah Pesan” – FB Najib Razak

“Kan Hari Tu Dah Pesan” – FB Najib Razak

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook rasmi Najib Razak memuat naik sindiran selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dengan mengulangi...

Gambar Najib Bersama Proton Perdana 18,000 ‘Like’ Dalam Masa Singkat

Gambar Najib Bersama Proton Perdana 18,000 ‘Like’ Dalam Masa Singkat

07/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Gambar lama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di sisi kenderaan rasmi Proton Perdana ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd