• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Cedera, Kereta Mengundur Sendiri Rempuh Kantin Sekolah

oleh Mynewshub
03/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Guru Cedera, Kereta Mengundur Sendiri Rempuh Kantin Sekolah
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Seorang guru lelaki berusia 55 tahun berdepan detik cemas apabila kereta yang baru diparkirnya secara tiba-tiba mengundur sendiri sebelum merempuh kantin sekolah serta sebuah lagi kenderaan dalam kejadian pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.25 pagi di sebuah sekolah menengah di sini, mangsa dikatakan baru sahaja meletakkan kenderaan di kawasan parkir sebelum insiden tidak dijangka itu berlaku.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng berkata, siasatan awal mendapati kenderaan tersebut tiba-tiba hilang kawalan dan mengundur secara mengejut.

“Guru terbabit cuba mengawal semula kenderaan dengan menggerakkannya ke hadapan, namun gagal sebelum melanggar kantin sekolah.

“Akibat pelanggaran itu, kenderaan terbabit turut merempuh sebuah lagi kereta milik guru lain yang diparkir berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan ketara melibatkan bahagian bumper hadapan dan belakang, bonet, fender serta lampu hadapan.

Mangsa bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki kanan dan tidak melibatkan pelajar atau orang awam lain.

Tambahnya, punca kejadian dipercayai akibat kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan ia bergerak secara tidak terkawal.

Kes kini disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59.

Tinjauan awal mendapati kawasan kejadian tidak mengalami kerosakan struktur serius, namun insiden itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan warga sekolah mengenai aspek keselamatan parkir di kawasan terbabit.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/04/1775199332070.mp4
Tags: GurukantinKantin Sekolahkemalangan
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd