• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

oleh Mynewshub
03/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Madani Mart yang diumumkan kerajaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang membandingkannya dengan konsep Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang diperkenalkan sebelum ini.

Di media sosial, seorang pengguna dikenali sebagai Muralitharan Ramachandaran mempersoalkan idea tersebut dengan mendakwa ia sekadar mengulangi konsep lama.

“Madani Mart? Copy paste lagi… Anwar ingat kita dah lupa Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ka? Semua idea Najib,” katanya.

Pandangan sama turut disuarakan Muhammad Nazrul Hisyam yang melihat konsep itu seakan ‘diberi nafas baharu’ walaupun pernah dikritik sebelum ini.

“Madani Mart bakal diperkenalkan konon untuk bantu rakyat dengan harga lebih berpatutan dan sistem yang lebih telus. Atas kertas, memang nampak cantik siapa tak nak barang murah dan jelas?

“Tapi kalau kita ‘rewind’ balik, bukankah ini seakan-akan bayangan semula Kedai 1Malaysia dulu? Yang suatu ketika dulu dikritik hebat, dikatakan membazir, tak efisien dan tak mampan,” katanya.

Sementara itu, Huzni Aziz pula memuji bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas idea KR1M.

“Kedai 1Malaysia hebat Datuk Seri Najib Razak. Walaupun jasadmu terpenjara, buah fikirannya diterima,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Hafis Adnan turut mengingatkan nama asal konsep itu.

“Nama asal sebenar adalah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). Terima kasih Najib Razak,” katanya.

Dalam masa sama, Amir Yusuf menyindir pimpinan kerajaan sekarang ini kerana didakwa pernah mengkritik KR1M.

“KR1M sebagai alat propaganda politik kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak untuk menutup kesan kenaikan kos sara hidup akibat pemotongan subsidi,” katanya sinis.

Terdahulu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Fuziah Salleh memaklumkan bahawa Madani Mart merupakan inisiatif bagi memastikan barangan keperluan harian kekal mampu milik serta mudah diakses rakyat.

Menurut beliau, inisiatif itu juga membuka peluang kepada komuniti dan usahawan tempatan untuk turut serta serta dijangka akan diperluaskan ke seluruh negara. – MYNEWSHUB

Tags: BandingkanDatuk Seri Najib RazakKedai Rakyat 1malaysiaKR1MMadani MartNetizen
Share212Tweet133SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

Netizen Tolak ‘Johor Akan Jadi Selangor Di Tangan PH’, Bimbang Timbul Isu Ladang Babi

Netizen Tolak ‘Johor Akan Jadi Selangor Di Tangan PH’, Bimbang Timbul Isu Ladang Babi

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Kenyataan seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) bahawa 'Johor akan jadi Selangor Di tangan PH' menerima reaksi balas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd