• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

oleh Mynewshub
01/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara berhemah ketika musim panas.

Beliau turut menyeru rakyat sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa ketika fasa peralihan monsun.

“Saya juga menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara berhemah dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa.

“Insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak, kita akan dapat mengharungi cabaran ini dengan lebih teratur dan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, cuaca panas yang sedang melanda beberapa kawasan ketika fasa peralihan monsun ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Menurut beliau, suhu di sesetengah tempat dijangka mencecah antara 35°C hingga 40°C, sekali gus memberi tekanan kepada sumber air, sektor pertanian dan kehidupan harian rakyat khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Katannya, beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat telah mengarahkan supaya kesiapsiagaan di peringkat negeri diperkasa.

Jelas beliau, ia termasuk pengaktifan Pusat Kawalan Bencana Negeri bagi memastikan setiap keputusan dibuat berasaskan data dan maklumat semasa.

“Dalam masa yang sama, tindakan segera juga sedang giat dilaksanakan. Antaranya penghantaran bekalan air kecemasan ke kawasan terjejas serta pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA).

“Pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Perak, Kedah, Perlis dan Johor akan bermula pada 6 hingga 9 April ini bagi membantu meningkatkan paras takungan empangan yang semakin menurun,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Ahmad Zahid

Tags: airberhemahcuaca panasDatuk Seri Ahmad Zahid HamidiTimbalan Perdana Menteritpm
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Laungan ‘Tolak UMNO’: Presiden UMNO Faham Perasaan Akar Umbi PH

Laungan ‘Tolak UMNO’: Presiden UMNO Faham Perasaan Akar Umbi PH

07/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan beliau memahami perasaan akar umbi Pakatan...

Mahkamah Rayuan Benarkan Prosiding Semakan Kehakiman Cabar DNAA Ahmad Zahid

Mahkamah Rayuan Benarkan Prosiding Semakan Kehakiman Cabar DNAA Ahmad Zahid

07/05/2026
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Badan Peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar tindakan Peguam Negara memberhentikan prosiding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd