• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

oleh Mynewshub
01/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz dan baki dari kawasan lain.

Demikian penjelasan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Fuziah Salleh mengapa Malaysia masih terkesan dengan kenaikan harga minyak global sedangkan negara ini merupakan pengeluar minyak.

Menurut beliau, realiti sebenar adalah struktur bekalan minyak negara tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber domestik.

“Maksudnya, hampir 40 peratus bekalan kita bergantung pada satu laluan utama dunia. Bila laluan ini terganggu maka bekalan dan harga pun akan terkesan.

“Walaupun Malaysia pengeluar minyak, kita masih perlu import kerana jenis minyak dan keperluan penapisan berbeza, bukan semata-mata sebab tak cukup bekalan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Beliau berkata, Malaysia mengeksport minyak mentah kerana jenis yang dihasilkan seperti “light crude” lebih sesuai dan bernilai tinggi di pasaran antarabangsa.

Namun dalam masa sama, kilang penapisan tempatan memerlukan campuran jenis minyak lain bagi menghasilkan produk seperti petrol dan diesel, menyebabkan negara tetap bergantung kepada import.

“Maksudnya, kita eksport apa yang kita ada, dan import apa yang kita perlukan,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, dalam situasi krisis global ketika ini, sistem tersebut tetap terdedah kepada tekanan harga.

Katanya, apabila harga global meningkat, kos import turut naik, manakala gangguan di laluan seperti Selat Hormuz pula boleh menjejaskan bekalan.

Sehubungan itu, beliau menegaskan isu sebenar bukanlah kekurangan minyak, sebaliknya Malaysia merupakan sebahagian daripada rantaian bekalan global. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Fuziah Salleh

Tags: Fuziah Sallehglobalharga minyakharga minyak globalMalaysiaPengeluar minyak
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd