• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

oleh Mynewshub
01/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun ini bagi membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas.

Menurut beliau, langkah itu penting susulan tekanan kos yang semakin meningkat akibat konflik di Timur Tengah yang memberi kesan kepada kos logistik, harga bahan mentah serta kestabilan rantaian bekalan global.

“Moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun ini,” katanya sebagai antara tiga langkah jangka pendek yang dicadangkan bagi meringankan beban kewangan PKS.

Beliau yang juga Pengerusi DAP turut mencadangkan moratorium terhadap peningkatan cukai dan kos pematuhan termasuk penangguhan kenaikan SST, pelaksanaan e-invois serta caruman KWSP 2 peratus bagi pekerja asing.

Dalam masa sama, beliau mencadangkan peruntukan RM5 bilion bagi menyediakan pinjaman tanpa faedah dan tanpa cagaran sebanyak RM50,000 kepada 100,000 PKS, selain geran dan subsidi bersasar lain.

Terdahulu, Guan Eng berkata, Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia memberi amaran pertumbuhan KDNK negara bagi 2026 boleh menyederhana kepada antara 3.8 hingga 4.2 peratus sekiranya konflik memuncak, berbanding anggaran Bank Negara Malaysia iaitu antara 4 hingga 5 peratus.

Beliau berkata, walaupun nisbah Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) kekal sihat pada kadar 1.4 peratus setakat Januari 2026, beberapa bank telah memberi amaran tekanan kewangan dalam kalangan peminjam dijangka semakin meningkat.

Sehubungan itu, katanya, PKS yang terkesan kini amat memerlukan campur tangan kerajaan bagi memastikan kelangsungan operasi mereka terus terjamin dalam persekitaran ekonomi yang mencabar. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Lim Guan Eng

Tags: Ahli Parlimen BaganLim Guan EngmoratoriumPengerusi DAPPKSSST
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO memainkan peranan utama dalam menyebabkan kekalahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook di kerusi Dewan...

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengurangan kuota Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter adalah satu keputusan yang tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd