• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Makanan Negara Masih Cukup 3 Hingga 4 bulan

oleh Mynewshub
01/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Bekalan Makanan Negara Masih Cukup 3 Hingga 4 bulan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekalan makanan negara masih mencukupi untuk tempoh tiga hingga empat bulan ke hadapan setakat ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, malah ada sektor mempunyai lebihan.

Menurut beliau, sektor makanan yang mempunyai lebih itu seperti beras, ayam, telur dan sebahagian sayur-sayuran.

“Namun ada juga sektor yang sensitif seperti perikanan, di mana bekalan ikan hanya mampu bertahan sekitar sebulan jika berlaku gangguan besar

“Maknanya, kita stabil untuk jangka pendek, tetapi perlu diperkukuhkan untuk jangka panjang,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, Mohamad menerangkan tentang strategi Malaysia menghadapi krisis global dalam aspek sekuriti makanan.

Menurut beliau, kesan krisis global tidak berlaku serta-merta, tetapi akan dirasai dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Kata beliau, kenaikan harga minyak akan memberi kesan kepada kos baja, logistik, makanan ternakan dan operasi nelayan yang akhirnya memberi tekanan kepada harga makanan.

“Dalam keadaan ini, Bang Mat nak pesan, jangan panik tetapi bersedia secara bijak. Beli ikut keperluan, elakkan pembaziran dan jaga kepentingan bersama,” katanya.

Dalam masa yang sama, katanya, kerajaan sedang memperkukuhkan pengeluaran dalam negara termasuk mengurangkan kebergantungan import.

Tambah beliau, kerajaan turut membangunkan sektor pertanian dan akuakultur serta menggalakkan rakyat bercucuk tanam.

Jelas beliau, Malaysia tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada import dan dalam masa yang sama tidak boleh menutup pintu perdagangan.

“Pendekatan kita mesti seimbang. Kerana keterjaminan makanan bukan sekadar soal hari ini, tetapi soal masa depan negara dan generasi akan datang.

“Kita jaga perbelanjaan, elak pembaziran, dan sama-sama bina kekuatan rakyat Malaysia,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohamad Sabu

 

Tags: Bekalan Makanan negaraDatuk Seri Mohamad SabuEmpat bulanKPKMMencukupiMenteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

Keadaan Tidak Menentu, Peningkatan Kos Boleh Pengaruhi Harga Makanan – Mat Sabu

Keadaan Tidak Menentu, Peningkatan Kos Boleh Pengaruhi Harga Makanan – Mat Sabu

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Landskap global ketika ini masih tidak menentu," kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd