• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Johor Rangka Langkah Kurangkan Beban Rakyat, Inisiatif Baharu Bakal Diumum

oleh Mohd Arshad
31/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan ketidaktentuan ekonomi global akibat konflik geopolitik dan ketegangan di Timur Tengah.

Langkah itu dibuat selaras dengan titah Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, yang sentiasa menekankan kepentingan menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat di negeri itu.

Menurut kenyataan, kerajaan negeri bersama barisan EXCO sedang meneliti pendekatan bersasar bagi memastikan bantuan yang dirangka benar-benar memberi impak kepada rakyat, khususnya golongan yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

“Beberapa inisiatif komprehensif dan berimpak tinggi sedang diperhalusi dan dijangka diumumkan dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan dimuat naik di media sosial milik Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Kerajaan Negeri turut menegaskan komitmen untuk melaksanakan setiap perancangan dengan teliti bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, di samping merangsang pertumbuhan ekonomi Johor secara seimbang dan mampan.

Langkah proaktif ini dilihat penting dalam memastikan negeri itu kekal stabil dari segi ekonomi dan sosial, terutama dalam menghadapi cabaran global yang semakin mencabar ketika ini.

Keprihatinan baginda Tunku Mahkota Ismail dijangka akan memastikan rakyat Johor tidak terlalu terjejas andai situasi di Timur Tengah semakin buruk. –MYNEWSHUB

Tags: JohorTMJ
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Johor mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN)...

Sambutan Hebat Rakyat Johor Di Rumah Terbuka Istana Johor

Sambutan Hebat Rakyat Johor Di Rumah Terbuka Istana Johor

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Suasana penuh meriah menyelubungi Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Istana Johor apabila kira-kira 25,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd