• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

oleh Mynewshub
29/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa untuk berpolitik.

Menurut beliau, konflik antara Israel dan Iran yang semakin meruncing berpotensi memberi kesan besar kepada kestabilan ekonomi global.

Ujar beliau, Malaysia tidak boleh berdepan dengan cabaran itu dalam keadaan politik yang berpecah-belah.

Kata beliau, situasi itu menuntut satu pendekatan baharu berasaskan konsensus nasional yang merentasi garis politik.

“Ini bukan masa untuk berpolitik secara sempit. Ini adalah masa untuk semua pihak kerajaan dan pembangkang membina kesepakatan dalam isu ekonomi yang menyentuh kehidupan rakyat secara langsung.

“Rakyat tidak mahu melihat perbalahan berterusan ketika mereka sendiri berdepan tekanan ekonomi. Mereka mahukan kepimpinan yang matang, bersatu dan bertanggungjawab.

“Inilah masa untuk kita buktikan bahawa politik boleh menjadi alat penyatuan, bukan perpecahan,” ujar beliau,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Mujahid berkata, apabila laluan strategik seperti Selat Hormuz terjejas, kesannya akan dirasai sehingga ke dapur rakyat Malaysia.

Menurut beliau, kos sara hidup meningkat, tekanan kepada subsidi bertambah dan ruang fiskal kerajaan menjadi semakin mencabar.

Bagaimanapun, katanya, krisis itu peluang untuk mematangkan landskap politik negara melalui pendekatan politik rahmah dan politik nilai yang mengutamakan tanggungjawab bersama berbanding retorik perpecahan.

Kata beliau, dalam saat dunia berdepan ketidaktentuan, kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara bergantung kepada keupayaan semua untuk bersatu.

“Konsensus nasional bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan mendesak,” katanya.

Mengakhiri kenyataan, beliau menyeru semua pimpinan politik agar menurunkan suhu politik dan memberi tumpuan kepada agenda besar negara. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial
Parti Amanah Negara

Tags: AmanahAsia BaratDatuk Dr. Mujahid Yusof RawaKonflikParti Amanah Negarapolitik
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Ini Bukan Masa Untuk Berebut Kuasa Dan Menikam’ – PM Anwar

‘Ini Bukan Masa Untuk Berebut Kuasa Dan Menikam’ – PM Anwar

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kemelut politik di Negeri Sembilan memerlukan ruang untuk semua pihak...

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman media sosial Kementerian Kewangan (MoF) menerusi satu hantaran hari ini menerangkan mengapa bekalan minyak masih belum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd