• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presma Dipanggil Beri Penjelasan Berhubung Dakwaan Kenaikan Kos Operasi – Fuziah

oleh Mynewshub
29/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Presma Dipanggil Beri Penjelasan Berhubung Dakwaan Kenaikan Kos Operasi – Fuziah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) akan dipanggil bagi memberi penjelasan berhubung dakwaan kos operasi akan mengalami peningkatan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, KPDN memandang serius dakwaan Presma kos operasi akan naik antara 10 hingga 30 peratus.

“Ketua Pengarah Bahagian Penguat Kuasa (BPGK) KPDN akan memanggil pihak Presma dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan terperinci berserta bukti dan data sokongan yang kukuh terhadap dakwaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fuziah menegaskan, sebarang
pelarasan harga kepada pengguna mesti berasaskan kos sebenar dan tidak boleh dibuat secara sewenang-wenangnya.

Menurut beliau, KPDN tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas di bawah
Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 sekiranya terdapat unsur pencatutan atau kenaikan harga yang tidak munasabah.

Bagaimanapun, katanya, KPDN komited untuk bekerjasama dengan pihak industri dalam mencari penyelesaian yang bersifat menang-menang, termasuk meneliti faktor rantaian bekalan, kos input dan tekanan global
yang memberi kesan kepada pengusaha.

“Pendekatan kerajaan adalah jelas, di mana kita sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan pihak industri, namun pada masa yang sama tetap komited melindungi kepentingan pengguna secara tegas dan konsisten,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: kenaikanKos OperasiKPDNpenjelasanPresma
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Minta PKR Beri Penjelasan Gambar Tular Anwar Bersama Nicky Liow

Ahli Parlimen PJ Minta PKR Beri Penjelasan Gambar Tular Anwar Bersama Nicky Liow

26/07/2026
0

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi penjelasan berhubung isu tular...

Anthony Loke Perlu Jelaskan Isu Kontrak  RM178.29 Juta Syarikat Adik Azam Baki

Anthony Loke Perlu Jelaskan Isu Kontrak RM178.29 Juta Syarikat Adik Azam Baki

22/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook perlu memberi penjelasan berhubung dakwaan penganugerahan kontrak bernilai RM178.29 juta kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd