• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

oleh Mynewshub
28/03/2026
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya di sini, sebagaimana tular dalam laman sosial, agar tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah, berkata pihaknya mengesan video tular itu di aplikasi TikTok yang dimuat naik satu akaun kira-kira jam 11 pagi tadi.

Beliau berkata, video itu memaparkan kejadian disyaki kecurian kabel di sebuah kawasan perumahan, dengan hasil semakan mendapati ia berlaku di Jalan Pakatan Jaya.

“Suspek dipercayai menggunakan sebuah pacuan empat roda bersama sebuah kenderaan jenis MPV (pelbagai guna) untuk menarik kabel di lokasi kejadian.

“Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Beliau sekali gus menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

-Berita Harian

Tags: polisTularvideo
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Lokman Adam Setuju PH Kalah Kerana Politik Identiti, Perkauman

Lokman Adam Setuju PH Kalah Kerana Politik Identiti, Perkauman

06/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Mohamad Sabu...

Anthony Loke Dipuji Cedok Bihun Goreng Untuk Penduduk

Anthony Loke Dipuji Cedok Bihun Goreng Untuk Penduduk

28/07/2026
0

SEREMBAN – Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook menerima pujian susulan satu rakaman video memaparkan beliau mencedok bihun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd