• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penahanan Pelancong Bogel, Tabloid UK Guna Tajuk Sensasi

oleh AK-47
14/06/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKHBAR tabloid British sengaja memberikan tajuk sensasi bagi melaporkan berita penahanan pelancong asing yang dipercayai berbogel di puncak Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu.

Sengaja memainkan sentimen penulisan sensasi, akhbar-akhbar tabloid itu menulis tajuk seakan-akan merujuk penahanan mereka adalah disebabkan alasan yang tidak munasabah iaitu disebabkan perbuatan mereka berbogel, gempa bumi berlaku di Sabah.

Namun sebenarnya, seperti yang kita ketahui, mereka ditahan kerana berkelakuan tidak senonoh walaupun tindakan mereka sudah dilarang oleh malim gunung yang bertindak memimpin mereka dalam pendakian tersebut.

Antara tajuk sensasi yang diletakkan adalah seperti, “Your boobs have angered mountain gods” (Payudara anda telah membuatkan tuhan gunung marah), “Naked Brit girl caused killer quake” (wanita British bogel penyebab gempa bumi yang membawa maut) dan “Nude student faces jail for causing deadly quake” (Pelajar bogel berdepan hukuman penjara kerana menyebabkan gempa bumi).

Semalam, pihak polis telah berjaya menahan empat daripada sepuluh pelancong asing untuk siasatan lanjut.

Empat yang ditahan terdiri daripada Hawkins yang dipercayai warganegera British, dua adik-beradik dari Kanada dan seorang lelaki Belanda.

Mereka ditahan reman sehingga Sabtu ini di atas kesalah melakukan kelucahan melampau di tempat awam.

Pihak polis percaya enam lagi pelancong asing yang masih bebas, kebanyakannya warganegara Eropah, masih lagi berada di Sabah.

5 Jun lalu, satu gempa bumi bermagnitud 5.9 skala richter melanda Gunung Kinabalu yang mengorbankan 18 nyawa. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bogelGempa SabahGunung Kinabalu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pasangan Kekasih Tua Kantoi ‘Projek’ Di Tanah Perkuburan Cina

Pasangan Kekasih Tua Kantoi ‘Projek’ Di Tanah Perkuburan Cina

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan sepasang lelaki dan wanita dipercayai separuh usia...

Aliran Deras Di Puncak Gunung Kinabalu: 155 Pendaki Selamat

Aliran Deras Di Puncak Gunung Kinabalu: 155 Pendaki Selamat

10/07/2025
0

Ranau: Seramai 155 pendaki yang berada di kawasan Check Point Sayat-Sayat, Gunung Kinabalu, berjaya melepasi kawasan aliran air deras susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd