• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Perlu Beri Tumpuan Kepada Penjagaan Kesihatan

oleh Ahmad Albab
11/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Penjawat awam perlu menitikberatkan penjagaan kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat kerana ia menyumbang kepada produktiviti diri dan meningkatkan kualiti hidup, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata faktor kesihatan perlu dititikberatkan sebagai satu daripada faktor utama dalam proses pembangunan negara.

“Taraf kesihatan yang baik bukan sahaja boleh membawa kepada peningkatan taraf sosio ekonomi negara malah dapat meningkatkan mutu dan kualiti hidup rakyat,” katanya pada Seminar Kesihatan dan Kecergasan Penjawat Awam Menjamin Produktiviti Negara 2015 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Ali berkata kerajaan juga menyedari bahawa pesara kerajaan merupakan aset negara yang memerlukan perhatian dan penjagaan kebajikan sebagai penghargaan atas sumbangan khidmat bakti mereka ketika dalam perkhidmatan awam.

Melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan, kerajaan memperkenalkan ‘1Malaysia Civil Service Retirement Support’ atau 1Pesara meliputi penyediaan kemudahan laluan pantas R-lane iaitu pendaftaran segera yang dikhaskan kepada pesara, warga emas dan orang kurang upaya di hospital dan klinik kerajaan.

Sehingga April 2015, jumlah premis kesihatan yang telah melaksanakan R-Lane di seluruh negara adalah 109 hospital (81.9 peratus) daripada 133 hospital, 562 klinik kesihatan (59.6 peratus) daripada 943 buah klinik kesihatan, 519 buah klinik pergigian (81.2 peratus) daripada 639 buah klinik pergigian, katanya.

Ali berkata ia memberi gambaran jelas bahawa kerajaan tidak meminggirkan golongan pesara kerajaan. – BERNAMA

 

Tags: Ali HamsaPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd