• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden Iran Masoud Pezeshkian Hargai Sokongan Malaysia – Anwar

oleh AK-47
27/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Presiden Iran Masoud Pezeshkian Hargai Sokongan Malaysia – Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai penghargaan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian terhadap sokongan Malaysia.

Menurut Anwar, Malaysia komited untuk terus memperkukuh solidariti dan berdoa agar konflik di Asia Barat dapat menemui jalan damai dengan kadar segera.

“Saya telah berhubung dengan Presiden Pezeshkian bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung konflik Asia Barat yang kian meruncing.

“Malaysia merakamkan takziah yang mendalam kepada seluruh rakyat Iran atas kehilangan besar yang menimpa kepimpinan tertinggi negara termasuk tokoh politik, ketenteraan dan keselamatan di samping nyawa tidak berdosa termasuk kanak-kanak dan orang awam,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Anwar berkata, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel yang didukung Amerika Syarikat ke atas Iran.

Katanya, dalam masa yang sama, Malaysia turut menyatakan keprihatinan terhadap negara-negara sahabat di Teluk yang terkesan akibat konflik ini.

“Malaysia mengutuk sebarang tindakan yang menyasarkan orang awam kerana ia jelas melanggar undang-undang antarabangsa, prinsip kemanusiaan dan nilai keadilan,” katanya.

Anwar berkata, beliau turut mengambil maklum kesediaan Iran untuk berunding dengan syarat penamatan perang secara muktamad.

Bagaimanapun, katanya, pengalaman lalu membuktikan gencatan senjata tanpa jaminan kukuh hanya akan mengulang kitaran keganasan sebagaimana yang berlaku di Gaza dan Lebanon.

“Justeru, usaha damai mesti berteraskan keadilan, akauntabiliti dan komitmen berpanjangan.

“Malaysia percaya keamanan sejati menuntut penyelesaian yang tuntas, demi menjamin keselamatan semua pihak serta memulihkan maruah kemanusiaan di rantau Asia Barat,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimMasoud PezeshkianPerdana MenteriPresiden Iran
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd