• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

oleh AK-47
26/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat sekurang-kurangnya 10 panggilan telefon kepada pemimpin negara asing sejak beberapa hari lalu dalam usaha mencari penyelesaian terhadap konflik di Asia Barat.

Langkah itu dilihat sebagai usaha diplomasi Malaysia untuk memainkan peranan aktif dalam meredakan konflik antara Israel dan Amerika Syarikat (AS) dengan Iran yang memberi kesan kepada ekonomi global.

Berdasarkan hantaran di akaun media sosial Anwar Ibrahim, antara pemimpin telah dihubungi ialah Perdana Menteri Lubnan, Nawaf Salam di mana Anwar menyuarakan kebimbangan terhadap situasi keselamatan yang semakin kritikal di selatan negara itu.

Dalam masa sama, beliau turut berhubung dengan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong bagi membincangkan kesan konflik terhadap Asia Tenggara termasuk isu keselamatan tenaga dan penutupan Selat Hormuz.

“Malaysia menyokong seruan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menuntut gencatan senjata segera dilaksanakan,” kata Anwar.

Selain itu, Anwar juga mengadakan perbualan dengan Perdana Menteri Qatar, Mohammed Abdulrahman Al Thani yang menyentuh isu keselamatan serantau serta serangan terhadap kemudahan LNG kritikal.

Usaha diplomasi itu turut melibatkan pemimpin lain termasuk Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa serta Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain serta Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mohamed Zayed Al Nahyan.

Turut dihubungi ialah Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi; Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto; Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif dan Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Dalam semua perbualan tersebut, mesej Malaysia kekal konsisten iaitu menuntut gencatan senjata segera, perlindungan orang awam serta penyelesaian melalui dialog dan diplomasi. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahimi

Tags: Asia BaratDatuk Seri Anwar IbrahimKonflikPemimpin AsingPerdana MenteripmTelefon
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd