• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

oleh AK-47
23/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau Taman Seri Jenaris, Tikam Batu di sini pada 1 Syawal lalu.

Mangsa, Rusli Ab Wahab, 63, dilaporkan rebah ketika sujud kedua selepas melaungkan azan bagi solat Zuhur sebelum itu.

Menurut rakannya, Kadir Din, 63, arwah dikenali sebagai seorang yang baik dan istiqamah menunaikan solat berjemaah di surau atau masjid.

“Saya berada di luar untuk mengambil wuduk, dan apabila masuk ke dalam surau, saya dapati arwah sudah rebah,” katanya.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut menunjukkan mangsa menunaikan solat sunat sebelum tiba-tiba rebah ketika sujud.

Pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Jenazah kemudian diuruskan di surau berkenaan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan 2 Kariah Masjid Pulau Sepom Tikam Batu selepas solat Maghrib.

Pemergian arwah dalam keadaan sedang beribadah disifatkan ramai sebagai satu pengakhiran yang baik.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/03/1774230011233.mp4

 

Tags: meninggal dunia
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

23/07/2026
0

PAROI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat bekas menteri yang semasa hayatnya sering melaungkan hidup Melayu, tetapi...

“Ada Menteri Bila Dah Meninggal Kekayaan Dia RM4 Bilion” – PMX Anwar

“Ada Menteri Bila Dah Meninggal Kekayaan Dia RM4 Bilion” – PMX Anwar

15/07/2026
0

KUALA PILAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sebelum ini terdapat menteri meninggalkan kekayaan sebanyak RM4 bilion apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd