Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang dieksport ke luar negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keadaan itu antara faktor yang turut memberi kesan terhadap harga minyak di Malaysia disebabkan oleh konflik yang sedang berlaku di Timur Tengah.
“Sejak kenaikan harga minyak dunia susulan konflik di Asia Barat, yang dicetuskan oleh serangan rejim Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran, ramai yang bertanya mengapa harga minyak di Malaysia turut terkesan sedangkan kita negara pengeluar minyak.
“Sebenarnya walaupun Malaysia pengeluar minyak, kita mengimport lebih banyak minyak daripada yang dieksport,” katanya dalam satu kenyataan di muat naik di media sosial hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan bagaimanapun telah meningkatkan subsidi minyak daripada sekitar RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam tempoh kurang seminggu demi melindungi rakyat. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim


