• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Solat Sunat Aidilfitri Di Tanah Lapang Bukan Amalan Wahabi

oleh AK-47
22/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Solat Sunat Aidilfitri Di Tanah Lapang Bukan Amalan Wahabi
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha di tanah lapang bukan amalan wahabi, sebaliknya merupakan sunnah Nabi Muhammad S.A.W

Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ), Dr. Rozaimi Ramle berkata, amalan itu tidak dimulakan oleh wahabi seperti didakwa.

“Ketahuilah, solat di tanah lapang merupakan amalan Rasulullah ketika melakukan solat raya. Ia tidak dimulakan oleh wahabi.

“Kita jangan terlalu cepat melabel seseorang itu sebagai wahabi,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Beliau berkata demikian berikutan komen-komen yang mengatakan solat raya di tanah lapang merupakan amalan wahabi yang hendak mencari populariti.

Mengulas lanjut, Rozaimi berkata, terdapat ulama dalam mazhab Syafie mengatakan afdal solat di tanah lapang.

Beliau menjelaskan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim menunjukkan Rasulullah S.A.W keluar ke musolla (tempat solat tanah lapang) untuk menunaikan solat hari raya.

“Jadi solat raya di tanah lapang adalah sunnah baginda. Baginda berterusan melakukannya,” katanya.

Beliau berkata, ulama silam berbeza pandangan di mana lebih afdal, tetapi dapat difahami solat hari raya di tanah lapang atau tempat lapang sunnah baginda.

“Tidak boleh kita terlalu cepat mengatakan itu pandangan wahabi. Amat malang apabila kita hendak serang wahabi, tapi terkena sunnah Nabi Muhammad S.A.W,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dr. Rozaimi Ramle

Tags: wahabi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Perlis Bukan Negeri Wahabi – Raja Perlis

26/07/2018
0

PADANG BESAR - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah Perlis bukanlah negeri yang mengamalkan ajaran Wahabi seperti didakwa...

Dialog Mufti Perlis, Presiden Aswaja: Siapa Cabar Siapa?

23/09/2016
0

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin memaklumkan beliau akan menghantar surat jemputan kepada Presiden Pertubuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd