• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dialog Mufti Perlis, Presiden Aswaja: Siapa Cabar Siapa?

oleh Ahmad Albab
23/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin memaklumkan beliau akan menghantar surat jemputan kepada Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Ustaz Zamihan Mat Zin untuk berdialog.

Mohd. Asri bagaimanapun menegaskan, bukan beliau yang membuat cabaran untuk berdialog mengenai isu penyebaran fahaman wahabi tersebut, sebaliknya Presiden Aswaja yang mengemukakan cabaran itu.

“Harap kali ini tiada pelbagai alasan lagi sebab beliau (Zamihan) yang memulakan semula cabaran,” dakwanya dalam satu kenyataan media semalam.

Umum bagaimanapun mengetahui, Mohd. Asri terlebih dahulu mencabar Gabungan Angkatan Melayu Islam Nusantara (AMIN) yang turut dianggotai Aswaja untuk berdialog mengenai ‘Bahaya Ekstrimisme Agama’.

Ia berikutan kenyataan AMIN mendesak pihak berwajib supaya mengharamkan penceramah yang dilihat mengajar fahaman Wahabisme termasuk Mohd. Asri baru-baru ini.

Justeru, Zamihan yang mewakili Aswaja dilaporkan menyahut seruan Mufti Perlis untuk berdialog tetapi mengenai penyebaran fahaman Wahabi di Malaysia.

Namun, Zamian mahu dailog itu diadakan pada sidang Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengelak pihak yang berdailog mengambil kesempatan melakukan teknik ‘spin’.

Ia ekoran ramai alim ulama akan berada di situ untuk menilai dialog agama yang berlangsung diantara beliau dengan Mohd. Asri.

“Mereka (alim ulama) boleh menilai. Dailog di Perlis atau di depan orang awam amatlah tidak sesuai. Ia lebih menambah fitnah berbanding natijah,” kata Zamihan.

Mohd. Asri seterusnya berkata, beliau akan menyediakan pentas yang luas sama ada di masjid atau di dewan yang besar untuk dilaog berkenaan selama dua hari berturut-turut.

Bagaimanapun, beliau menolak saranan Zamihan dialog itu diadakan didepan alim ulama pada sidang majlis fatwa kebangsaan dan berkeras mahu ia berlangsung di Kangar, Perlis.

Beliau mendakwa, orang awam khususnya rakyat Perlis patut diberi peluang melihat secara terbuka sesi dialog beliau. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ahli Sunnah Wal Jamaahdr.mazawahabizamihan mat zin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Solat Sunat Aidilfitri Di Tanah Lapang Bukan Amalan Wahabi

Solat Sunat Aidilfitri Di Tanah Lapang Bukan Amalan Wahabi

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha di tanah lapang bukan amalan wahabi, sebaliknya...

Selebriti Dakwa Baca ‘Alam Tara Kaifa Fa’ala Rabbuka’ Buka Rezeki Ada Masalah Mental Yang Serius – Mufti Perlis

Selebriti Dakwa Baca ‘Alam Tara Kaifa Fa’ala Rabbuka’ Buka Rezeki Ada Masalah Mental Yang Serius – Mufti Perlis

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Fenomena masyarakat yang mengagungkan selebriti di media sosial sehingga menjadikan mereka sebagai idola ditegur oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd