• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Kesal ‘Maki Hamun’ Harga Minyak, Ini Masalah Global 

oleh AK-47
20/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Anwar Kesal ‘Maki Hamun’ Harga Minyak, Ini Masalah Global 
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

PERMATANG PAUH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan kekesalan terhadap sikap pihak yang mempolitikkan isu kenaikan harga minyak.

Menurut beliau, perkara itu tidak patut dipolitikkan kerana ia berpunca daripada ketegangan global yang berada di luar kawalan Malaysia.

“Ada orang guna kesempatan ini dalam keadaan ekonomi jatuh, minyak tersekat. Bukan salah kita, ini masalah perang dunia.

“Tetapi masih ada lagi beberapa orang pembangkang maki hamun kita dalam keadaan sekarang,” katanya di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir di sini hari ini.

Anwar berkata, berpolitik tidak seharusnya sehingga ke peringkat tersebut kerana semua pihak sepatutnya berpakat mencari penyelesaian.

Kata beliau, dalam keadaan ekonomi dunia tidak menentu ekoran konflik antarabangsa, semua pihak seharusnya memahami keadaan itu.

Ujar beliau, situasi yang timbul tidak sepatutnya diambil kesempatan untuk menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

“Kita pantau tiap hari. Kerajaan berusaha sedaya upaya mengekalkan kestabilan termasuk mengawal harga bahan api.

“Banyak negara lain berdepan kenaikan mendadak,” katanya.

Justeru, beliau menyeru semua pihak supaya memahami dan mengamalkan sikap berjimat cermat. – MYNEWSHUB

Tags: Anwar Ibrahim
Share216Tweet135SendShare

Related Posts

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

21/06/2026
0

Kahkahkah.. Ramanan baca kat media sosial mana TMJ kena hentam kiri kanan ni? Baca kat Josh, Moj, Koo atau Kutumb...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd