Oleh Mynewshub
GEORGE TOWN – Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer tampil menghulurkan bantuan kewangan kepada seorang warga emas yang memerlukan rawatan mata.
Dalam satu kenyataan di media sosial pada Khamis, beliau memaklumkan telah melawat Makcik Fadzillah Mohammad bagi menyampaikan sumbangan itu.
“Saya telah melawat Makcik Fadzillah Mohammad dan menghulurkan bantuan kewangan untuk menampung kos pembedahan mata di Hospital Besar Pulau Pinang.
“Demi rakyat Jelutong saya akan terus berkhidmat!,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial RSN Rayer


