• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menang 7-0: JDT Terus Mengganas, Dominasi Tanpa Brek

oleh Mohd Arshad
19/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Menang 7-0: JDT Terus Mengganas, Dominasi Tanpa Brek
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

JIKA ada yang masih tertanya-tanya sama ada Johor Darul Ta’zim FC (JDT) boleh dihalang daripada terus melangkah ke hadapan, jawapannya hampir mustahil.

Bukan sombong, tapi itulah hakikatnya.

Kemenangan 7-0 ke atas PDRM FC malam tadi bukan sekadar tiga mata, tetapi satu kenyataan bahawa jurang kualiti dalam liga semakin melebar.

Dominasi ini bukan secara kebetulan atau nasib.

Ia hasil perancangan jangka panjang tersusun rapi di bawah kepimpinan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Corak permainan yang pantas, tekanan tinggi dan pergerakan tanpa bola yang tersusun membuatkan lawan sering kelihatan ‘sesat’.

Dalam aksi terbaru, jaringan Yago, Nacho Méndez, Stuart Wilkin, Jairo dan Bergson menunjukkan ancaman JDT dari pelbagai arah, bukan bergantung kepada satu dua pemain.

Apa yang lebih menakutkan adalah kedalaman skuad Harimau Selatan.

Walaupun berlaku pertukaran pemain, kualiti permainan tetap konsisten.

Pemain gantian masuk bukan sekadar melengkapkan pasukan, tetapi mampu memberi impak serta-merta.

Situasi ini menjadikan JDT sentiasa segar, sementara lawan terpaksa berhempas pulas sepanjang 90 minit.

Namun begitu, apa yang benar-benar membezakan JDT adalah mentaliti mereka. Walau sudah selesa di tangga teratas, tiada istilah berpuas hati.

Setiap perlawanan dianggap penting dan setiap kemenangan diraikan dengan fokus kepada perlawanan seterusnya.

Realitinya untuk menyaingi JDT bukan sahaja perlu memperbaiki prestasi di atas padang, tetapi juga struktur pengurusan di luar padang.

Ini juga peringatan dalam bola sepak moden, kehebatan bukan datang dari satu malam tetapi daripada perancangan yang konsisten dan berani. – MYNEWSHUB

Tags: JDT
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

JDT Bukan Sekadar Sukses Di Padang Bola, Tapi Di Litar Lumba Dan Gelanggang Bola Jaring

JDT Bukan Sekadar Sukses Di Padang Bola, Tapi Di Litar Lumba Dan Gelanggang Bola Jaring

15/06/2026
0

KEJAYAAN Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak lagi terhad kepada bola sepak. Hampir setiap bidang sukan disertai menjulang prestasi. Menjadikan JDT...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd