• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

oleh Mohd Arshad
16/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan menegaskan bahawa sesi persekolahan di seluruh negara ketika ini berjalan seperti biasa.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan timbul kegusaran dalam kalangan masyarakat susulan penularan berita mengenai kemungkinan pelaksanaan semula Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)

Menurut kementerian itu, pihaknya mengambil maklum kebimbangan orang ramai terhadap maklumat yang tersebar di media sosial berkaitan perkara berkenaan.

KPM menjelaskan bahawa setakat ini tiada sebarang keputusan atau ketetapan dibuat oleh kementerian berhubung pelaksanaan PdPR di sekolah.

“Pada masa ini, sesi persekolahan berjalan seperti biasa dan tiada sebarang ketetapan dibuat berkaitan pelaksanaan PdPR,” menurut laman media sosial rasmi KPM hari ini.

Dalam pada itu, KPM turut menegaskan bahawa keutamaan utama kementerian adalah memastikan proses pembelajaran murid tidak terjejas selain menjaga kebajikan dan kesejahteraan semua pihak yang terlibat dalam ekosistem pendidikan.

“Keutamaan KPM adalah untuk memastikan pembelajaran anak-anak tidak terjejas, serta pada masa sama aspek kebajikan dan kesejahteraan semua pihak terpelihara,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Kementerian Pendidikan

Tags: KPMPdPR
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd