• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Anda Yakin Saya Berada Di Selatan Thai?” – Tamim Dahri Tampil Sindir Dakwaan Lokasi Persembunyian

oleh AK-47
16/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Anda Yakin Saya Berada Di Selatan Thai?” – Tamim Dahri Tampil Sindir Dakwaan Lokasi Persembunyian
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Individu kontroversi, Tamim Dahri sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas memuat naik satu hantaran dipercayai menyindir dakwaan bahawa dia kini berada di Selatan Thailand.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Tamim menulis ringkas, “Anda yakin saya berada di Selatan Thai? #catchmeifyoucan”, sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen yang terus mengikuti perkembangan berkait dirinya.

Hantaran tersebut turut disertakan dengan tangkap layar satu poster berbentuk ‘wanted’ yang tular di media sosial.

Poster berkenaan memaparkan wajah Tamim Dahri bersama ayat berbaur sindiran, antaranya meminta orang ramai membantu mencari lokasi individu itu untuk diserahkan kepada pihak polis.

Apa yang lebih mencuri perhatian, kapsyen #catchmeifyoucan digunakan seolah-olah memberi gambaran bahawa Tamim sedang memperlekeh dakwaan berhubung lokasi persembunyiannya, selain mencabar pihak tertentu yang sedang memburunya.

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada kenyataan tersebut sekadar provokasi media sosial atau memberi petunjuk sebenar mengenai keberadaannya ketika ini.

Bagaimanapun, hantaran tersebut pantas menjadi bualan hangat warganet, dengan ramai menyifatkan tindakan itu sebagai berani, sinis dan sengaja mahu menambah panas situasi yang sedang diperkatakan.

Terdahulu, nama Tamim Dahri menjadi perhatian susulan pelbagai dakwaan serta kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan isu tertentu, sekali gus menjadikan setiap kemunculannya di media sosial terus diperhatikan ramai.

Perkembangan terbaharu itu sudah pasti menimbulkan lebih banyak tanda tanya.

Mynewshub akan terus mengikuti perkembangan kes ini dari semasa ke semasa.

Tags: Tamim Dahri
Share478Tweet299SendShare

Related Posts

RSN Rayer Persoal Mengapa Tamim Dahri Belum Ditangkap Dan Didakwa

RSN Rayer Persoal Mengapa Tamim Dahri Belum Ditangkap Dan Didakwa

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mempersoalkan mengapa belum ada tindakan dikenakan terhadap aktivis Tamim Dahri yang beliau...

‘Saya Tidak Bertuan, Tiada Apparat Politik Yang Menunggang’

‘Saya Tidak Bertuan, Tiada Apparat Politik Yang Menunggang’

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Aku tiada masalah digelar pelarian. Dunia sementara dan rezeki ada dimana-mana" Demikian satu hantaran di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd