• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saman Pemula: Mahkamah Tolak Permohonan Peguam

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang peguam hari ini gagal dalam permohonan samannya untuk mendapatkan maklumat berkenaan persempadanan semula daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu setelah mendapati permohonan Haris Fathillah Mohd Ibrahim adalah tidak matang dan beliau tidak mempunyai locus standi untuk membuat permohonan tersebut.

Asmabi berkata, persempadanan semula juga masih belum bermula ketika permohonan dibuat dan Haris Fathillah gagal menentukan siapakah yang dimaksudkan sebagai ‘orang terjejas’ dalam saman pemula yang difailkannya.

Tambahnya, Artikel 113 Perlembagaan Persekutuan yang membabitkan perjalanan pilihan raya, cukup jelas mengenai persempadanan semula dan mahkamah tidak boleh menambah apa yang telah ditetapkan.

Asmabi memerintahkan Haris Fathillah membayar kos RM5,000.

Pada 19 Januari lalu, Haris Fathilah yang juga seorang aktivis, memfailkan saman pemula terhadap SPR bagi mendapatkan deklarasi bahawa orang yang terjejas akan berhak kepada semua maklumat yang berkaitan dengan pengubahan sempadan kawasan parlimen atau negeri.

Maklumat yang dipohon termasuk syor-syor yang dicadangkan, peta bahagian pilihan raya dan sebab pengubahan serta semua dokumen yang digunakan untuk persempadanan itu. – BERNAMA

 

 

Tags: kes mahkamahsamanSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

31/10/2026
0

MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau semua aktiviti calon yang...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd