• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Berani Lalui Hormuz” – Selepas Nasihat Trump, Kapal Thailand Diserang

oleh AK-47
13/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Berani Lalui Hormuz” – Selepas Nasihat Trump, Kapal Thailand Diserang
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

TELUK PARSI – Kenyataan bodoh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump supaya kapal dagang “tidak takut” dan terus melalui Strait of Hormuz kini menjadi bahan kritikan selepas sebuah kapal Thailand diserang ketika cuba melalui laluan itu.

Kapal kargo MV Mayuree Naree dilaporkan terkena serangan di Teluk Parsi ketika cuba merentasi selat berkenaan. Rakaman yang tersebar di media sosial menunjukkan kapal tersebut terbakar dengan asap hitam tebal keluar dari bahagian belakang kapal.

Insiden itu berlaku hanya beberapa jam selepas Trump tampil dengan kenyataan bahawa kapal komersial harus menunjukkan keberanian dan terus menggunakan laluan strategik tersebut walaupun Iran memberi amaran keras.

Namun realiti di laut kelihatan jauh berbeza.

Serangan terhadap kapal Thailand itu mencetuskan persoalan besar terhadap kenyataan Trump, apabila kru kapal komersial kini terpaksa berdepan risiko sebenar di kawasan konflik yang semakin memuncak.

Menurut laporan awal keselamatan maritim, sebahagian kru kapal berjaya diselamatkan selepas kejadian itu, namun keadaan kapal dilaporkan mengalami kerosakan serius akibat kebakaran.

Selat Hormuz sendiri merupakan laluan paling penting bagi perdagangan minyak dunia dengan hampir 20 peratus bekalan minyak global melalui kawasan tersebut setiap hari.

Apabila ketegangan geopolitik meningkat, setiap kapal yang melalui laluan itu kini berdepan risiko menjadi sasaran.

Pemerhati geopolitik menyifatkan kenyataan Trump sebagai retorik politik yang tidak mencerminkan realiti di lapangan, kerana kapal komersial yang terpaksa menanggung risiko sebenar sekiranya konflik terus memuncak.

Apa yang pasti, insiden kapal Thailand ini menjadi bukti bahawa Selat Hormuz kini bukan sekadar laluan perdagangan — tetapi medan konfrontasi yang boleh mencetuskan krisis global pada bila-bila masa. -MYNEWSHUB

Tags: IranIsrael
Share235Tweet147SendShare

Related Posts

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ketegangan di Asia Barat terus memuncak apabila Iran dilaporkan mengambil langkah tegas mempertahankan kedaulatan negaranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd