• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Bukan Mahu Jadi ‘Abang Besar’ – Akmal

oleh Mohd Arshad
12/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
UMNO Bukan Mahu Jadi ‘Abang Besar’ – Akmal
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan idea Rumah Bangsa bukan bertujuan mewujudkan mana-mana pihak sebagai ‘abang besar’.

Beliau berkata, ia sebaliknya menjadi wadah untuk menyatukan orang Melayu yang kini dilihat semakin berpecah.

Menurut beliau, konsep itu digagaskan bagi menghimpunkan semula kekuatan Melayu-Islam yang terlerai akibat perbezaan politik serta sikap ego dalam kalangan pemimpin.

Katanya, kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sendiri jelas menyebut mengenai keperluan penyatuan tanpa syarat demi kepentingan agama dan bangsa yang jauh lebih besar berbanding kepentingan individu atau kelompok tertentu.

“Rumah bangsa ini adalah cara untuk kita menyatupadukan orang Melayu yang banyak terpecahnya. Tiada langsung kenyataan rumah bangsa ini untuk sesiapa menjadi abang besar,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari Ini.

Tambah beliau, rakyat sebenarnya mahukan kuasa Melayu-Islam kembali kukuh dan tidak lagi berpecah seperti yang berlaku ketika ini.

Namun menurutnya, hakikat sebenar menunjukkan perpecahan itu bukan datang daripada rakyat, sebaliknya berpunca daripada sikap segelintir pemimpin yang masih dibelenggu ego politik.

“Rakyat mahu penyatuan. Yang berpecah ini bukan rakyat, tetapi pemimpin yang masih lagi ego,” ujarnya.

Akmal turut mengingatkan sekiranya sikap ego terus menebal, tidak mustahil bangsa Melayu akan terus berpecah buat selama-lamanya.

Tegasnya, kepentingan agama dan bangsa perlu diletakkan lebih tinggi daripada kepentingan parti politik.

“Kepentingan agama dan bangsa melebihi kepentingan parti politik,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: FB Akmal Saleh

Tags: Akmal Saleh
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim...

“Welcome Home (Selamat Pulang) Khairy Jamaluddin” – Akmal  

“Welcome Home (Selamat Pulang) Khairy Jamaluddin” – Akmal  

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menyambut baik langkah Khairy Jamaluddin Abu Bakar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd