• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masjid Jamek Sungai Pinang Berjaya Beli Tanah RM1 Juta Hasil Wakaf Umat Islam

oleh AK-47
12/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Masjid Jamek Sungai Pinang Berjaya Beli Tanah RM1 Juta Hasil Wakaf Umat Islam
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Usaha mengumpul dana wakaf sejak 2023 akhirnya membuahkan hasil apabila Masjid Jamek Sungai Pinang berjaya membeli sebidang tanah berhampiran masjid tersebut bernilai kira-kira RM1 juta.

Perkembangan gembira itu dikongsikan oleh seorang individu di media sosial yang memaklumkan bahawa tanah berkenaan telah pun berjaya diperoleh hasil sumbangan wakaf daripada umat Islam.

Menurutnya, walaupun keluasan tanah itu tidak besar, pembelian tersebut sangat bermakna kerana ia mampu membantu perkembangan dan keperluan masjid pada masa hadapan.

“Alhamdulillah, Masjid Jamek Sungai Pinang sebelah pejabat aku ini akhirnya berjaya membeli tanah berhampiran masjid bernilai RM1 juta walaupun sekecil ini.

“Hasil sumbangan wakaf daripada seluruh umat Islam bermula 2023. Hari ini alhamdulillah sudah pasang pagar,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar semua pewakaf yang menyumbang mendapat ganjaran pahala berterusan daripada Allah SWT.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen yang memuji usaha komuniti setempat mengumpul dana wakaf sehingga berjaya memiliki tanah berkenaan.

Ramai juga menyifatkan kejayaan itu sebagai bukti bahawa usaha secara sah dan teratur mampu membuahkan hasil, selain memperkukuhkan peranan wakaf dalam pembangunan institusi masjid.

Difahamkan, tanah yang dibeli itu kini telah dipagarkan dan dijangka digunakan untuk tujuan berkaitan keperluan masjid pada masa akan datang.

Tags: Kuil Harammasjid
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

21/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak yang membantah pembinaan masjid di hadapan hadapan Menara Tun Razak Exchange (TRX) di sini wajar dilucut...

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan mengapa Senator DAP, RA Lingeshwaran dan badan bukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd