Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan harga petrol di Malaysia antara paling rendah di rantau ini apabila RON95 kekal pada kadar RM1.99 seliter sedangkan harga minyak dunia meningkat.
MOF menerusi satu infografik di muat naik di laman media sosial membuat perbandingan harga bahan api di beberapa negara yang menunjukkan rakyat Malaysia masih menikmati harga yang jauh lebih murah.
Antara harga petrol yang direkodkan adalah Singapura RM9.81 seliter, Laos RM6.98, Thailand RM5.19, Kemboja RM5.18 dan Vietnam RM4.43.
Harga di negara lain termasuk Filipina RM3.78, Myanmar RM3.30, Indonesia RM2.88 dan Arab Saudi RM2.44 seliter.
Bagaimanapun, infografik itu menunjukkan Brunei mencatat harga lebih rendah iaitu sekitar RM1.65 seliter. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Infografik: FB Kementerian Kewangan


