• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anai-Anai Dalam FAM Yang Mahu Sangat TMJ Berundur

oleh Mohd Arshad
11/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Anai-Anai Dalam FAM Yang Mahu Sangat TMJ Berundur
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

PENDEDAHAN Tunku Mahkota Ismail (TMJ) bahawa terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang tidak berpuas hati dengannya sejak dahulu kerana tidak dapat “membuat duit”, bukan sesuatu yang memeranjatkan.

Hakikatnya, andai kata FAM ini umpama sebuah rumah kayu…maka ia adalah rumah kayu yang sudah lama diserang anai-anai.

Dari luar nampak macam okay…tapi dari dalam ia sedang musnah dan ranap.

Anai-anai yang dimaksudkan ialah segilintir ahli-ahli persatuan dan pegawai-pegawai tertentu yang selama ini didakwa hidup senang dengan makan duit dalam persatuan itu.

Yang melihat persatuan itu tempat mudah mendapat projek.

Setakat mana kejayaan pasukan kebangsaan, mereka tidak kisah.

Ramai yang tahu hakikatnya untuk satu tempoh masa yang agak lama…FAM tidak lagi menjadi sebuah persatuan tetapi lebih kepada lubuk hidup senang untuk sebahagian orang di dalamnya.

Dana kewangan yang banyak menjadikan jawatan-jawatan dalam FAM sebagai rebutan.

FAM bukan sebuah persatuan miskin di kampung di mana ahlinya cuma menerima sedikit elaun sebagai saguhati setiap bulan.

Ia sebuah persatuan di mana ahlinya menjadikan ia tempat cari makan sepenuh masa, dan bukan lagi setakat part time seperti di persatuan lain.

Lama ia berjalan seperti itu….

Namun…suatu hari…benda itu tiba-tiba berubah.

Datang seorang anak raja dari selatan yang tidak pedulik untuk buat duit melalui FAM.

Baginda hanya mahu melihat hasil.

Dan….untuk melihat hasil….maka semua orang harus berkerja.

Era bergumbira makan tidur perabiskan beras dalam FAM secara tiba-tiba berakhir.

So…apa yang berlaku?

Pegawai-pegawai yang dahulunya mewah dan bermaharajalela terduduk diam sekejap…tapi kemudiannya tetap berkomplot siang malam bagaimana hendak kembali ke era tidak perlu bersungguh buat kerja tetapi hidup mewah.

Akhirnya mereka menyedari TMJ perlu dijatuhkan….

Namun mereka tahu itu bukan mudah….

Justeru mereka dalam diam merancang dan menunggu peluang ….

Menggunakan segala contact mereka termasuk di media dan Ultras Malaya selama ini untuk mengerakkan sesuatu bagi menjatuhkan baginda…

“Ramai tak puas hati kerana ada yang tak terlibat. Jadi secara senyap berjumpa Ultras Malaya, beberapa orang media dan beberapa orang dalam social media. Untuk mula ‘campaign sabotage’ dan menggunakan pelbagai naratif,” titah baginda

Peluang yang dinanti tiba bila proses untuk mengurus pemain warisan dilakukan.

Mereka mendapat peluang keemasan untuk mengenakan Tuanku. Dan mereka merembat peluang itu sebaik mungkin…

Mereka berusaha menjadikan Tuanku sebagai kambing hitam.

Segala contact media dan influencer digerakkan sekali lagi….memburukkan sepenuhnya nama Tunku Mahkota Ismail.

Matlamat hanya satu…mahu TMJ kecewa dan bergerak keluar dari FAM agar era kebahagiaan mereka yang mana kerja tak perlu buat tapi hidup senang…akan kembali.

FAM akan kembali menjadi lubuk duit peribadi seperti dahulu…..jika TMJ berundur.

Anai-Anai akan kembali dalam jumlah yang lebih besar.

Yelah…bila ada Tuanku ….tak boleh la anai-anai ni semua hidup meriah berbelanja sesuka hati….

Sebab Tuanku tidak pedulik dengan wang FAM jika dibandingkan dengan kekayaan baginda…umpama habuk duit FAM tu…..

Kehadiran TMJ menjadi dinding batu yang menyebabkan segilintir anai-anai dalam FAM tidak lagi mampu menyamun.

Kini, mereka sedang membilang hari untuk kembali….menanti Tuanku berundur…

Namun…admin nak cadangkan la kepada Tuanku…..apa jadi punca…

JANGAN BERUNDUR TUANKU….

Jangan bagi kemenangan kepada kumpulan anai-anai dalam FAM ….

Mereka memang mahu Tuanku berundur agar mereka kembali mewah dan bebas….

Jangan bagi muka….dan jangan bagi apa diaorang nak sangat tu…

Terus kekal dalam FAM…Kalau boleh…jadi kembali Presiden….

Kali ini tadbir dengan lebih keras agar elemen-elemen tidak sihat dan anai-anai dimusnahkan seperti mana pest control mengawal serangga pemusnah.

Kalau Tuanku berundur pada FAM…puak anai-anai ni yang dikira menang akhirnya.

Kalau Tuanku kekal…diaorang yang akan terus menangis di bucu katil….

Justeru….Tuanku harus kekal dalam FAM….

Jangan biarkan kelompok anai-anai kembali aktif memusnahkan FAM dari dalam semata-mata untuk mereka mudah cari makan. – MYNEWSHUB

Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Sempurnakan Pengurniaan Darjah Dan Pingat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Ibrahim

Pemangku Sultan Johor Sempurnakan Pengurniaan Darjah Dan Pingat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Ibrahim

09/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail hari ini berangkat ke Majlis Istiadat Kurniaan Pingat sempena Sambutan Ulang...

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd