Oleh Mynewshub
JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menunaikan bayaran zakat berjumlah RM10 juta bagi tahun ini dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Pasir Pelangi hari ini.
Cek zakat tersebut diserahkan Seri Paduka Baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Mohd Radzi Mohd Amin.
Majlis penyerahan itu turut disaksikan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad serta Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Nasri Md Ali.
Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi baginda hari ini, bayaran zakat berkenaan merupakan sumbangan tahunan Seri Paduka Baginda bagi membantu golongan asnaf di negeri Johor.
Majlis berlangsung dalam suasana ringkas namun penuh bermakna sebagai tanda tanggungjawab dan keprihatinan institusi diraja terhadap kebajikan rakyat, khususnya golongan yang memerlukan. – MYNEWSHUB
Sumber Info Dan Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar


