• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Terima Laporan Runtuhan Batu Di Kaki Gunung Kinabalu

oleh Ahmad Albab
13/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai runtuhan batu dari kaki Gunung Kinabalu di Kampung Kiau Nuluh, Kota Belud semalam.

Jalaluddin berkata, batu dan tanah dilapor menggelongsor kira-kira pukul 1 tengah hari di sebelah timur Kota Belud yang turut menjejaskan beberapa buah rumah penduduk kampung.

“Kita akan pantau keadaan, sekiranya membahayakan, kita akan nasihatkan penduduk supaya berpindah,” katanya.

Penduduk dilapor dikejutkan dengan dentuman kuat seperti guruh yang tidak henti-henti selama hampir sejam dari arah lereng Gunung Kinabalu yang menyebabkan mereka meninggalkan rumah masing-masing.

Sementara itu, Jalaluddin berkata, seramai 217 penghuni di kediaman polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau yang terjejas dengan gempa bumi pada Jumaat lalu kini ditempatkan di kawasan selamat.

Katanya, pihaknya turut meminta Jabatan Kerja Raya supaya menjalankan pemeriksaan di IPD Ranau, Kota Belud, Tuaran dan Tamparuli bagi memastikan tahap keselamatan kawasan serta bangunan berkenaan. – BERNAMA

 

Tags: Gunung Kinabalupolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd