• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Dedah Media FAM Enggan Lepaskan Kamera Kepada Petugas Harimau Malaya

oleh Mohd Arshad
10/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
TMJ Dedah Media FAM Enggan Lepaskan Kamera Kepada Petugas Harimau Malaya
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mengkritik tindakan pihak media Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang enggan membenarkan kamera dipinjam oleh petugas media pasukan kebangsaan.

Baginda menerusi satu hantaran di platform X mendedahkan insiden itu berlaku ketika sesi latihan pertama Harimau Malaya di Padang Seri Gelam.

Menurut Tunku Mahkota Ismail, perkara itu diketahui selepas baginda dimaklumkan bahawa media pasukan kebangsaan mahu meminjam kamera daripada media Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi tujuan liputan latihan.

“Latihan pertama Harimau Malaya di Padang Seri Gelam. Kami dimaklumkan bahawa media pasukan kebangsaan mahu meminjam kamera daripada media JDT. Apabila saya mendapat tahu, saya bertanya kepada media pasukan kebangsaan, ‘mana kamera?’ Jawapan yang diberikan kepada saya ialah media FAM tidak mahu melepaskannya.

“Saya terkejut. Apabila saya menyiasat, saya mendapat maklumat bahawa Wan Fakrul tidak membenarkan kamera itu dilepaskan kerana tidak berpuas hati tidak dapat menyertai atau terlibat dengan struktur baharu pasukan kebangsaan, dan pasukan kebangsaan juga mempunyai pasukan media baharu yang ditugaskan untuk membuat liputan pasukan kebangsaan,” titah baginda.

Tunku Mahkota Ismail turut bertitah bahawa selain isu kamera, terdapat juga perkara lain yang timbul termasuk kehadiran terlalu ramai ahli EXCO ketika sesi latihan sehingga mengganggu pemain.

Menurut baginda, perkara itu turut dibangkitkan oleh Ketua Jurulatih pasukan kebangsaan, Peter Cklamovski yang meluahkan rasa hati bahawa terdapat pihak yang tidak mahu beliau bersama Harimau Malaya.

“Baru minggu pertama dia sudah bercakap kepada saya. ‘Saya dapat merasakan ada beberapa orang ini tidak mahu kami berada di sini.’ Saya pun menasihatinya supaya hanya memberi tumpuan kepada tugasnya. Jangan melayan politik,” katanya.

Baginda turut menyatakan bahawa selepas beberapa permintaan dibuat oleh jurulatih berkenaan, terdapat pihak media yang rapat dengan individu tertentu mula mengkritik pasukan kebangsaan.

“Selepas Peter membuat beberapa permintaan, dari situ pihak media yang rapat dengan orang dalam mula mengkritik, termasuk Harimau Malaya yang rapat dengan beberapa EXCO,” dedah baginda. – MYNEWSHUB

Tags: TMJ
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd