• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Perlu Nak ‘Happy’ Sangat, ‘Statement’ Saya Sebab Dia Dibebaskan – Zamri Vinoth

oleh Mohd Arshad
09/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tak Perlu Nak ‘Happy’ Sangat, ‘Statement’ Saya Sebab Dia Dibebaskan – Zamri Vinoth
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Pendakwah, Zamri Vinoth mendakwa seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes serangan terhadapnya kelmarin dibebaskan kerana kenyataan yang beliau berikan kepada pihak berkuasa.

Dakwanya, semasa proses kawad cam, beliau memaklumkan pihak berkuasa bahawa lelaki tersebut bukan salah seorang yang melakukan serangan keatasnya.

“Tak perlu nak ‘happy’ sangat, saya sendiri yang telah berikan kenyataan tadi ketika kawad cam. Statement saya itu sebab dia dibebaskan. Anggaplah itu sedekah dari saya untuk kamu yang tidak melakukan serangan.

“Dia hanya pemilik motor berkenaan sahaja dan antara yang melakukan serangan adalah abang dia, bukan dia. Islam mengajar umatnya agar berlaku adil dan tidak menipu,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Zamri seterusnya mendakwa, kebanyakan suspek telah dikenal pasti, namun telah melarikan diri dan mematikan telefon bimbit masing-masing.

Terdahulu, media melaporkan, seorang pekerja kilang yang direman empat hari bagi membantu siasatan kes khianat terhadap harta benda dan ugutan terhadap Zamri dibebaskan.

Peguam yang mewakili suspek, C. Hari Prassaad Rao memaklumkan perintah reman terhadap lelaki itu dipanggil semula sekali gus reman terdahulu diketepikan.

“Mahkamah telah membenarkan permohonan reman itu dipanggil semula sebelum memutuskan tempoh reman satu hari sahaja buat anak guam saya.

“Susulan keputusan itu, anak guam saya telah dibebaskan kira-kira jam 7.30 malam tadi (semalam) dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Foto Dan Info: FB Zamri Vinoth

Tags: Zamri Vinoth
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Orang Kena Tuduh (OKT) Berisiko Lari Patut Digari, Dikawal Ketat Polis – Wei Aik

Orang Kena Tuduh (OKT) Berisiko Lari Patut Digari, Dikawal Ketat Polis – Wei Aik

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Orang Kena Tuduh (OKT) yang berisiko melarikan diri patut digari dan dikawal ketat oleh polis....

Akmal Persoal Layanan Berbeza Kes Zamri Vinoth Dan Arun

Akmal Persoal Layanan Berbeza Kes Zamri Vinoth Dan Arun

17/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan tindakan yang didakwa sebagai layanan berbeza...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd