• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembinaan Rumah Ibadat Perlu Mematuhi Kerangka Undang-Undang – Ahmad Fadhli

oleh AK-47
08/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pembinaan Rumah Ibadat Perlu Mematuhi Kerangka Undang-Undang – Ahmad Fadhli
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan, setiap pembinaan rumah ibadat perlu mematuhi kerangka undang-undang sedia ada.

Menurut beliau, kebebasan beragama dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, namun kebebasan tersebut tidak boleh dijadikan alasan mengetepikan undang-undang serta peraturan.

“Semakan menyeluruh wajib dilakukan terhadap semua binaan yang dibina tanpa kelulusan sekali gus memastikan penguatkuasaan undang-undang berjalan secara konsisten dan tanpa pilih kasih.

“Akses kepada hospital khususnya bagi kes kecemasan tidak boleh sama sekali dikompromi kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan dimuat naik di media sosial hari ini.

Terdahulu, Ahmad Fadhli berkata, perkembangan yang berlaku di sekitar sebuah kuil berhampiran Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam menimbulkan kebimbangan masyarakat setempat.

Beliau berkata, perkara itu bahkan mula menjadi isu nasional apabila berlaku insiden yang melanggar undang-undang dan menyebabkan kesesakan serta gangguan pada laluan utama menuju ke hospital.

Kata beliau, sebarang aktiviti yang menjejaskan kelancaran akses kepada kawasan kritikal seperti hospital berpotensi menjejaskan keselamatan dan nyawa pesakit yang memerlukan rawatan segera.

Ujar beliau, kepentingan awam dalam hal itu mesti diletakkan sebagai keutamaan tertinggi.

Justeru, kata beliau, pendekatan yang bertanggungjawab bagi menyelesaikan isu tersebut perlu diambil melalui dialog yang matang serta pertimbangan sewajarnya.

“Termasuk pemindahan ke lokasi yang lebih sesuai dengan penuh penghormatan kepada penganut agama berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegur kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan kerana didakwa gagal mengambil langka penyelesaian yang tegas, adil dan seimbang dalam isu berkenaan.

“Ditambah gelagat wakil rakyat yang dilihat menggalakkan pelanggaran undang-undang dan bukannya mencari penyelesaian berasaskan peraturan sedia ada,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber info: FB Fadhli Shaari

Tags: Kuil Haram
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengapa tidak buat kenyataan minta siasat kuil haram dan laporan kewangan setiap kuil haram? Demikian persoalan dibangkitkan...

WAWANCARA: Jangan Undi Ahli Politik Pertahan Kuil Haram – Firdaus Wong

WAWANCARA: Jangan Undi Ahli Politik Pertahan Kuil Haram – Firdaus Wong

21/04/2026
0

MUKADIMAH ISU pembinaan rumah anutan atau rumah ibadat bukan Islam tidak sah pernah menimbulkan polemik besar dalam negara. Isu tersebut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd