• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Media Iran Tayang Video ‘Lego’ Dakwa Kemenangan Ke Atas AS Dan Israel

oleh Mohd Arshad
08/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Media Iran Tayang Video ‘Lego’ Dakwa Kemenangan Ke Atas AS Dan Israel
Share on FacebookShare on Twitter

TEHERAN – Media Iran dilaporkan menyiarkan sebuah video animasi bergaya Lego yang memaparkan naratif kemenangan negara itu terhadap Amerika Syarikat (AS) dan Israel di tengah-tengah konflik yang semakin memuncak di Timur Tengah.

Video berjudul “Narrative of Victory” itu bermula dengan paparan watak menyerupai Trump dan Netanyahu bersama syaitan yang sedang berbincang mengenai isu “Epstein File” dan kemudian melancarkan serangan ke atas sekolah perempuan di Iran.

Tujuannya untuk mengalihkan perhatian dunia daripada isu Epstein File yang menghantui pentadbiran Trump kini.

Rakaman animasi tersebut kemudian menunjukkan beberapa adegan serangan terhadap sasaran yang digambarkan sebagai kepentingan Amerika dan Israel, termasuk Kedutaan Amerika Syarikat di Arab Saudi, sebuah bank Amerika di Tel Aviv serta Lapangan Terbang Ben Gurion.

Klip itu memperlihatkan akhirnya tentera Iran berjaya membalas dendam terhadap perbuatan pengecut Amerika dan Israel yang mengebom sekolah kanak-kanak perempuan baru-baru ini.

Klip berkenaan mula tersebar meluas di media sosial ketika perang melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran yang dilaporkan bermula pada 28 Februari 2026, susulan serangan udara AS dan Israel terhadap beberapa lokasi strategik di Iran.

Dalam masa sama, konflik yang sedang berlangsung kini dilaporkan telah merebak ke sekurang-kurangnya sembilan negara, termasuk beberapa serangan dron Iran yang didakwa menyasarkan pangkalan tentera AS di rantau tersebut.

Penganalisis geopolitik berpendapat penyiaran video animasi seperti ini menunjukkan bagaimana perang maklumat dan propaganda media kini menjadi sebahagian penting dalam konflik moden, di mana kedua-dua pihak berusaha membentuk persepsi global melalui naratif masing-masing.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/03/RyanRozbiani_20260308__2030472886046097630_1_20304720145997537280.mp4
Tags: IranIsrael
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Media Asing Lapor Harga Minyak Global Turun Selepas Iran Umum Buka Semula Selat Hormuz

Media Asing Lapor Harga Minyak Global Turun Selepas Iran Umum Buka Semula Selat Hormuz

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Harga minyak dunia dilaporkan merosot selepas Iran mengumumkan pembukaan penuh Selat Hormuz kepada semua kapal komersial sepanjang...

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang melaksanakan tanggungjawab di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd