• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adakah Zamri Vinoth Akan Ditangkap Kerana Memandu Secara Melulu Dan Berbahaya? – RSN Rayer

oleh AK-47
08/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Adakah Zamri Vinoth Akan Ditangkap Kerana Memandu Secara Melulu Dan Berbahaya? – RSN Rayer
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mempersoalkan adakah pendakwah bebas, Zamri Vinoth akan ditangkap kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Beliau turut mempersoalkan adakah Zamri Vinoth akan ditahan oleh pihak berkuasa kerana hampir membunuh penunggang motosikal yang dilanggarnya.

“Jika Zamri Vinoth pemandu Jaguar mewah ini, adakah beliau akan ditangkap kerana memandu secara melulu dan berbahaya serta hampir membunuh penunggang motosikal yang dilanggarnya?,” katanya dalam satu kenyataan dimuat naik di laman media sosial hari ini.

Terdahulu, Rayer berkata, beliau menerima satu klip video tular memaparkan sebuah kereta dipandu secara melulu dan berbahaya sehingga melanggar seorang penunggang motosikal sebelum memecut melarikan diri.

Kata beliau, kejadian itu dipercayai berlaku semalam di sekitar kawasan upacara sembahyang tahunan di kuil Sri Maruthuvar Jadamuniswarar yang terletak di hadapan Hospital Bukit Mertajam.

Beliau berkata, jika Zamri Vinoth adalah pemandu kereta tersebut, mengapa dia berada di Bukit Mertajam semalam walaupun telah diberi amaran oleh polis supaya tidak datang ke sana. – MYNEWSHUB

Sumber info: FB RSN Rayer

Tags: RSN Rayer
Share205Tweet128SendShare

Related Posts

RSN Rayer Persoal Mengapa Tamim Dahri Belum Ditangkap Dan Didakwa

RSN Rayer Persoal Mengapa Tamim Dahri Belum Ditangkap Dan Didakwa

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mempersoalkan mengapa belum ada tindakan dikenakan terhadap aktivis Tamim Dahri yang beliau...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd