Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Tidak wajar kuil berada di kaki lima Hospital Bukit Mertajam walaupun kuil itu sudah wujud sejak zaman dinasour.
Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ), Dr. Rozaimi Ramle berkata, Malaysia merupakan sebuah negara hukum.
“Biar kuil itu sudah ada di zaman dinasour sekalipun, tetap tidak wajar kuil berada di kaki lima Hospital Bukit Mertajam.
“Negara ini negara hukum kan?,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Rozaimi berkata, jika pemimpin politik sangat sayang pada ‘kuil kaki lima’ tersebut, maka boleh pindahkan hospital tersebut ke tempat lain.
“Tetapi rakyat tetap memerhati dan menilai,” katanya.
Beliau mengulas dakwaan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bahawa kuil berhampiran Hospital Bukit Mertajam berusia 136 tahun. – MYNEWSHUB
Sumber foto dan info: FB Dr. Rozaimi Ramle



